Orang yang bahagia itu
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah;
akan selalu menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu paksi kemajuan;
akan selalu menyediakan waktu untuk bekerja
kerana bekerja itu nilai keberhasilan;
akan selalu menyediakan waktu untuk ketawa
kerana ketawa itu irama terapi jiwa;
akan selalu menyediakan waktu untuk memberi
kerana memberi itu sumber keberkatan;
akan selalu juga menyediakan waktu untuk beribadat
kerana beribadat itu induk segala ketenangan jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan