Pengikut

25 Disember 2009

Seteguh Tekad: Biografi Prof Dr Sidek Baba

Menjejaki nukilan auto-biografi Prof. Dr. Sidek Baba melalui bukunya ‘SETEGUH TEKAD’ adalah kembara sebuah perjalanan hidup yang sarat dengan kisah suka-duka perjuangan, menjejaki ranjau berliku dan berwarna-warni. Tekad dalam kekentalan azam penulis yang demikian teguh seawal usia kanak-kanaknya lagi yang beristiqamah dan bertunjang di dalam dirinya telah mencorakkan kepelbagaian cerita dan drama yang terbina dalam episod kehidupannya.

Sesekali perasaan kurang selesa terjelma ketika menikmati tulisannya justeru gaya penceritaan yang agak sterotaip begitu. Ada bezanya tatkala menelaah auto-biografi Shahnon Ahmad dalam Setitis Embum Semarak Api… yang bersimpang-siur dengan sulaman seni dan estetika sasteranya yang sesekali terasa mengcengkam nubari....(apapun perasaan sebegini pastinya berbeza dikalangan pembaca justeru nilai dan penghayatan adalah sesuatu yang relatif berbeza). Namun rasa ingin tahu terhadap tokoh yang kuminati sejak sekian lama ini tetap terbina dan teruja untuk terus menyelami alun dan ombak yang melatari rona dan rentak kehidupannya.

Penggunaan gaya bahasa mudah cuba dimanafaatkannya dengan bebebrapa pengulangan yang entah disengajakan atau tidak seawal bab-bab permulaan sehingga menjangkau ke pertengahan karyanya;ketika beliau begitu asyik menostalgiai detik-detik kehidupan awal dan remajanya – ketika mengkisahkan realiti keperitan kehidupan keluarganya, payah dan jerihnya persekolahannya (sehingga terpaksa berbasikal sejauh 45Km pergi-balik setiap hari persekolahan), kepayahannya bersekolah dengan biaya yang tidak pernah cukup, malu dan tersiksa di'perli' dan dihina oleh guru-guru, kerimasannya yang terlampau kerana tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris sewaktu bersekolah di Sekolah Menengah Inggeris, kerutinan membantu ibu dan ayah dan datuknya di masjid, dikampung dan dimana-mana demi menikmati sedikit nikmat rezeki harian mereka.

Walau apapun, tokoh ini adalah watak yang wajar menjadi ikon yang hebat yang sudah semestinya dicontohi. Kekuatan yang melatari aspek kejayaannya adalah keintiman hubungan ibubapanya dengan permohonan secara terus dengan Allah S.W.T. setiap ketika apatah lagi ketika bersua kebuntuan. Doa dan rintihan itulah yang telah mencorakkan keperibadiannya yang kemudiannya terbina dengan syaksiyyah yang amat bersebati dengan nilai dan norma agama Islam itu sendiri. Nilai keikhlasan yang terbina dan terasuh dari bapanya yang juga seorang bilal kampung telah mengangkat anaknya menjadi seorang tokoh yang murni peribadi dan gigih dalam memberi sumbangan ilmu serta tarbiyyah kepada masyarakatnya dimana-mana juga.

Penglibatannya dalam gerakan Islam khususnya ABIM dan lain-lain Badan akademik di sekolah dan universiti telah memberikan tasawwur yang jelas dan mantap sehinggakan keyakinan beliau yang tidak berbelah-bagi terhadap keupayaan Islam sebagai penyelesai segala masalah manusia telah berjaya diapalikasikan sepenuhnya sehingga beliau berkeupayaan mengongsikan segala ilmu dan pengalamannya dengan manusia lain dan membuat banyak perubahan dalam arus tamadun di Malaysia.

Tokoh pendidik ini terlalu unggul. Cikgu Sidek wajar dijadikan simbol. Inilah antara tokoh pendidikan yang telah berjuang dengan penuh keazaman dalam mengubah watak umat yang diwakilinya bahkan masyarakat luar juga. Ternyata perubahan watak dan kecenderungan remaja dan mahasiswa di tahun-tahun 80-an yang berpaksi kepada orientasi Islamik adalah hasil dari campur-tangan beliau juga. Remaja dan wanita Muslim yang menukar gaya berpakaian kepada bertudung….

Pernah di tahan ISA kerana penglibatan dalam gerakan ABIM dan dakwah yang ada kaitan dengan isu penahanan Anwar Ibrahim di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad. Ketahanan psokologi yang kuat sahaja yang mampu berhadapan dengan panel penyoal ketika di dalam tahanan. Penceritaan yang agak detail dikisahkannya tentang detik-detik penahanan beliau telah meninggalkan kesan yang amat menyayatkan. Sekali terburai juga airmata justru kesan kekuatan mentalnya terlalu menusuk emosi ketika merenangi kisahnya yang cukup mengesankan itu.

Kejayaan watak ini adalah hasil dari kesungguhan dan kemahuan yang amat tinggi. Cukup patuh dengan disiplin dan tanggungjawabnya. Degilnya dalam menentang segala fenomena dan halangan demi cita-citanya yang murni. Kisah ini amat wajar dibaca dan ditekuni oleh sesiapa juga yang mahu melihat insan yang berjaya hasil daripada jerihpayah dan airmata. Semangat dan azam yang senantiasa menyala adalah lambang kepada kekuatannya dalam memberi sumbangan yang tiada hujungnya terhadap dunia akedemik berpaksikan Islam dam dunia dakwah di Malaysia dan dunia juga.

Tamat membaca pada 30 Zulhijjah 1430. Doaku mudah-mudahan roh dan semangat juang Prof Dr Sidek Baba akan turut terjalin dan tercerna dalam azam baruku menjelang tahun baru hijrah 1431....

29 Oktober 2009

Planet Bumi Yang Bakal Berubah

Apakah mungkin planet bumi akan mengalami perubahan besar? Sepanjang sejarah bumi dari awal pembentukkannya sejak jutaan tahun silam melalui suatu proses yang dinamakan 'big bang' sehingga terbentuknya gugusan bima sakti dalam sistem suria ini, bumi telah melalui pelbagai fasa perubahan secara evolusi berpaksikan ilmu Allah S.W.T yang Maha Agung. Planet bumi atau planet biru yang diciptakan Allah dengan kehebatan proses dan hukum keseimbangannya; dengan beraneka nikmat dan rahsianya - telah menjadi tempat pilihan Ilahi untuk menempatkan buat sementara waktu makhluk yang bernama manusia sebagai tempat untuk 'berladang' dengan tugas dan amanah sebagai khalifah Allah bagi memakmurkan bumi dengan garispanduan dan peraturanNya.
Berapa lama usia sejarah kehidupan insan dimuka bumi ini? Diukur secara relatif yang hampir boleh dijadikan asas untuk pengiraan awal, kita boleh mencongak dengan mengambilkira usia nabi Isa a.s yang telah mencapai 2009 tahun - maka adakah menasabah secara rambang kita membuat jangkaan usia kehadiran manusia diplanet bumi ini sekitar 10,ooo tahun lampau! Mungkin. Memang ada kajian atau hipotisis yang boleh disebutkan dalam memperkatakan persoalan ini namun segalanya adalah sebuah percubaan atau agakan yang tidak memberikan apa-apa signifikan atau implikasi yang boleh dipertanggungjawabkan.
Cuma bila kita kembali memperkatakan soal perubahan bentuk mukabuni sebagaimana fokas perbahasan yang disinggung diawal tadi maka sudah pasti kita dapat membuat telahan bahawa sepanjang sejarah manusia itu sendiri telahpun berlaku berbagai-bagai perubahan kepada geografi sekaligus demografi yang sehingga kini tidak banyak yang dapat dicatatkan dalam sejarah manusia kerana teknologi pengumpulan maklumat sejarah hanya bermula dan berkembang sejak beberapa kurun terakhir ini sahaja.
Teori-teori pengasingan daratan yang membentuk benua-benua adalah sebuah kajian menarik yang cuba mencari rahsia ciptaan Allah kepada sejarah pembentukan bumi itu sendiri. Banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s. sebagaimana yang dimaktubkan di dalam Kitab Allah adalah satu sejarah perubahan bentuk muka bumi kerana ianya satu fenomena banjir besar yang memberi impak hebat kepada rekabentuk bumi dibawah takluk hukum sunnatullah. Graviti, laut, angin, sungai, binatang, cuaca, kitaran musim dan apa-apa saja yang berlaku telah menjadi agen perubahan sehingga bumi melalui proses evolusi yang panjang sehingga terbentuknya lokasi buat manusia tinggal sebelum dikkembalikan.
Merenung pelbagai sumber wahyu dan hadis sekadar yang pernah tersua, terasa seperti akan berlaku lagi proses perubahan samada perlahan ataupun drastik sehingga manusia akan kembali terpusat kepada lokasi tamadun asal manusia didaerah timur tengah yang telah menyimpan pelbagai rahsia penurunan risalah Ilahi dari pelbagai lapisan generasi para anbiya dan mursalin yang pernah merakamkan sejarah manusia samada baik atau sebaliknya.
Seperti terduga-duga bumi didaerah lain seumpama nusantara atau Asia Tenggara ini akhirnya akan diratakan oleh air sehingga menenggelamkan seluruh lokasi meninggalkan baki tanah-tanah tinggi seperti Kinabalu sahaja. Bayangkan satu hentakkan kuat gempa bumi melebihi 10 skala Richter sudah pasti memberi kesan yang bakal meragut jutaan nyawa manusia sekaligus merubah secara total bentuk mukabumi sediaada.
Sebuah gambaran hitam yang hanyut dalam fokas pemikiran bila sesekali merenung nasib bumi dalam beberapa waktu mendatang sebelum berlaku fenomena Kiamat yang segala-galanya berakhir dengan sebuah kemusnahan yang total bagi cakerawala bima sakti ini!!!

29 September 2009

Harga manusia hanya pada kemanusiannya

Hidup adalah sebuah perjalanan yang sukar untuk diduga apatah lagi ditafsirkan.
Ciptaan yang bernama manusia atau insan ini sebenarnya memiliki pelbagai dimensi dan sisi kehidupannya yang terkadang boleh dilakarkan dengan pena, berus & cat, kanvas, microphone; dengan mata, telinga, hidung dan lain-lain pancaindera; dengan renungan, pemerhatian, kajian, R&D; dengan senyuman, riak wajah; dengan lenggang-lengguk - dengan kemesraan - dengan adab, tutur-kata, gaya berbicara; diam dan geraknya, sepi dan riuhnya...
Dengan akalnya mereka merubah dunia. Tamadun pernah terbina merata. Maju dan cemerlang. Runtuh. musnah dan ditelan bumi. Namun sejarah adalah roda yang tetap berputar pada paksi yang sama. Kejahatan dan keganasan tetap diulangi disepanjang rekod kehidupan. Kesombongan, penghinaan, ludah pekat berkahak atas nama dendam itulah juga yang dipertontonkan disetiap lorong dan laluan.
Apalah nilai manusia dan kemanusiaannya diplanet bumi yang kedudukan bumi itu pula cuma salah satu objek berkelip dengan kerdipan cahaya dimalam hari seumpama bintang yang jumlahnya berjuta diangkasa!

07 September 2009

I'rab Surah al-Fatihah

سورة الفاتحة
آ‏:‏1 ‏{‏ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ‏}
‏"‏بسم‏"‏‏:‏ الباء حرف جر، ‏"‏اسم‏"‏ اسم مجرور بالكسرة‏.‏ والجار والمجرور متعلقان بخبر محذوف لمبتدأ محذوف، تقديره‏:‏ ابتدائي كائن بسم الله، وجملة التقدير ابتدائية‏.‏ ‏"‏الرحمن الرحيم‏"‏‏:‏ صفتان مجرورتان بالكسرة‏.‏
آ‏:‏2 ‏{‏ الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ‏}
‏"‏رب‏"‏‏:‏ بدل مجرور بالكسرة، ‏"‏العالمين‏"‏‏:‏ مضاف إليه مجرور بالياء لأنه ملحق بجمع المذكر السالم؛ وقد أُلْحِقَ به لأنه ليس عَلَمًا ولا صفة، و ‏"‏عالَم‏"‏ المفرد يشمل المذكر والمؤنث، والعاقل وغيره، و‏"‏عالَمون‏"‏ مع الجمعية لا يُطلق إلا على المذكر العاقل، فاختلف المفرد عن الجمع‏.‏
آ‏:‏4 ‏{‏ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ‏}‏
‏"‏مالك‏"‏‏:‏ نعت للجلالة المعرفة، وإضافة ‏"‏مالك‏"‏ محضة فيتعرَّف بالإضافة‏.‏
آ‏:‏5 ‏{‏ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ‏}
‏"‏إيَّاك‏"‏‏:‏ ضمير نصب منفصل مبني على السكون، في محل نصب مفعول به مقدم للاختصاص‏.‏ والكاف حرف خطاب لا محل له من الإعراب‏.‏ جملة ‏"‏نعبد‏"‏ مستأنفة‏.‏
آ‏:‏6 ‏{‏ اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ‏}
‏"‏الصراط‏"‏‏:‏ مفعول به ثانٍ منصوب بالفتحة‏.‏ وجملة ‏"‏اهدنا‏"‏ استئنافية لا محل لها‏.‏ وأصل ‏"‏نستعين‏"‏ نَسْتَعْوِن من العون، فاستثقلت الكسرة على الواو، فنقلت إلى الساكن قبلها، فسكنت الواو بعد النقل، وانكسر ما قبلها فقلبت ياء‏.‏
آ‏:‏7 ‏{‏ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ‏}
‏"‏صراط‏"‏‏:‏ بدل كل من كل من ‏"‏الصراط‏"‏ منصوب‏.‏ وهو بدل معرفة من معرفة‏.‏ ‏"‏غير‏"‏‏:‏ بدل من ‏"‏الذين‏"‏ مجرور‏.‏ والجار والمجرور ‏"‏عليهم‏"‏ نائب فاعل لاسم المفعول ‏"‏المغضوب‏"‏‏.‏ ‏"‏ولا الضالين‏"‏‏:‏ ‏"‏لا‏"‏ زائدة لتأكيد النفي، ‏"‏الضالِّين‏"‏ اسم معطوف على ‏"‏المغضوب‏"‏ مجرور بالياء‏.‏ آمين‏:‏ ليست من القرآن، وهي اسم فعل أمر بمعنى استجب‏.‏

Rupanya masih ringan melakukan ibadah itu...

Ramadhan memecut laju. Dalam kemengahan mengejarnya jangan sampai mengalah pada keletihan. Biar apa pun jua kepayahannya, Ramadhan ini perlu dijejaki dengan reda.; dihambati dengan penuh damba & rela. Membelai benih dan tunas keinsafan atau mengutip buah-buah keihklasan yang tercerna dari aplikasi ibadah – pasrah dalam diri hamba yang menyerahkan diri pada kebesaran Tuannya.

Berpuasa dalam ruang berhawa dingin sebegini apalah sangatnya jika mahu digandingkan dengan cabaran insan-insan lain yang terpaksa dicekam terik panas mentari demi melunasi tanggungjawab mencari sesuap juadah buat hidangan berbuka.

Wajar sangat rasanya dipaksakan diri dan nafsu yang senantiasa dibuai selesa itu dengan aneka ibadah yang boleh menundukkan segala kebuasan manusiawi yang kerap mahu kehadapan meraup peluang dan kesempatan membina empayar keegoaan.

Satu ucapan yang dikhutbahkan dalam bentuk sebuah lakonan pendek dialog antara seorang anak muda yang mengajukan pertanyaan kepada seorang lelaki tua yang sangat sibuk menekuni amalan solat tanpa rasa kepenatan. Pertanyaan anak muda itu: “Wahai orang tua kenapalah engkau bertekun benar beribadat. Memadailah melakukan seadanya saja. Selebihnya mohonlah ampun dari Tuhanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui hal keadaanmu” – soalan yang kelihatan relevan dan bertoleransi sekali.

Jawab orang tua :“Biarlah aku sakit dan derita dalam melakukan amalan sebanyak mungkin selagi ada usiaku didunia ini kerana amalan-malan ini masih terasa ringan dan mudah buatku mengerjakannya berbanding saat-saat menghadapi segala derita dan kesakitan azab dan siksaNya yang aku yakin pasti bahawa aku tidak akan mampu menanggungnya!! ” - masih segar ucapan khatib di Masjid Seberang Jaya sewaktu singgah berJumaat dalam perjalanan pulang dari rumah mertuaku tidak berapa lama dulu.

26 Ogos 2009

Rekerasi di hati di Ramadhan suci 1430H

Mengusap malam-malam penuh rahmah ini terlalu mendamaikan. Lima hari berlalu tanpa terasa. Ramadhan yang muncul tersenyum baru seketika seperti melangkah laju dipercelahan detik dan waktu. Demikianlah perjalanan kehidupan yang cergas beraksi dalam indeks pasaran semasa yang menuntut sejuta cabaran.
Bagaimana mahu menghubungkan Ramadhan ini dengan rentetan amalan yang beraneka; mendambakan raja' pada WajhurRahman serta khauf pada murkaNya tatkala gagal menggalas misi hamba. Menghitung-hitung beberapa "S" yang seharusnya diperkasa masih juga terasa perlu dibajai. Siyam yang putih tidak bertompok dengan lukisan amarah dan mazmumah. Solat yang ditunjangi ikhlas dalam kuantiti tambahan pula kualitinya. Sedekah yang perlu dirancang teliti - biar wajar dan menepati. Selawat yang lebat dan wangi saban waktu - biar pagi dan petang serta malamnya justru fokas buat junjungan agung Rasulullah S.A.W.

16 Ogos 2009

Sebak dengan pemergian Ustaz Asri Rabbani

Kubiarkan saja sebak dada itu menguja-uja lubuk rasa. Tergenang sudahnya manek-manek air yang seperti tidak tertahan-tahan lagi. Meleleh satu demi satu. Sesekali kucuba juga mengalihkan pandangan buat menyembunyikan buakan kesebakan kalau-kalau ada yang terperasan dengan reaksi wajahku yang dilukis tangisan! Sambil memandu ke ofis kuhayati penuh sadar irama yang amat menginsafkan itu…

Irama lagu Kumpulan Rabbani “Pergi Tak Kembali” melalui vokalisnya Ustaz Asri yang diperdengarkan melalui corong IKIM dalam siaran khas mengingatinya pagi tadi dipenghujung rancangan itu entah bagaimana terasa cukup mengesankan.

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Mungkin pemergian Ustaz Asri yang dianugerahkan kelunakan vokal itu dalam usia yang relatif muda telah menunjangkan keinsafan yang cukup mendalam. Senikata lagu itu nampak biasa dan lumrah tetapi irama vokalisnya yang baru saja dijemput Ilahi seperti cukup bertenaga sehingga mataku bertukar kemerahan dan sedikit membengkak. Rasanya selalu juga aku mendengar lagu ini tetapi terkesan sekali pagi ini bila fokas menghayati iramanya! Sungguh menginsafkan!! Ya Allah, ampunilah diriku dan berilah kekuatan iman dan taqwa untukku melangkah sebagai hambaMu yang diredai…

Kehilangan yang menginsafkan

15 Ogos 2009. Rasanya sekitar jam antara 5.00 hingga 5.30 pagi. Laptop isteri dan handphone anakku lesap.

Pertama kali rumahku dicerobohi. Alhamdulillah, anakku tidak dipengapakan. Melihat peristiwa dari perspektif 'rencana Ilahi yang sedang mengajar erti tawakal dalam definisi yang yang relevan dan wajar' - sememangnya aku mendapat pengajaran yang menginsafkan!

Dunia yang semakin gusar oleh persekitaran yang kian terlupus keharmoniannya menuntut satu pertanggungjawaban yang semestinya diperkemaskan kerana 'telur-telur' yang telah lama dieram telah dan bakal menetaskan generasi-generasi yang sarat dengan species virus merbahaya yang bakal memamah tamadun mulia manusia.

Demikianlah, masalah kecurian, ragut, rompak, seks bebas, pelbagai salahguna... telah mendorong manusia memijak kemanusiaan lalu berdiri dengan angkuh sama menyerigai terbahak dengan makhluk yang pernah berjanji mahu menyesatkan umat manusia itu.

15 Ogos 2009

Ramadhan Yang Tersenyum

Ramadhan bakal kembali mengungguli carta ibadah setiap Muslim yang menanti-nantikannya dalam tempoh enam hari lagi. Penantian sebuah bulan yang dijanjikan dengan lautan rahmat , curahan keberkatan dan anugerah sejuta keampunan adalah detik-detik penuh bermakna kepada setiap insan yang dapat memahami dan mengenali hakikat diri yang senantiasa lemah, banyak dosa dan amat berhajat kepada Tuhannya.

Jika kita mudah teruja dan cepat bergegas ke pasaraya-pasaraya atau gedung-gegung membeli belah kerana terliur dan tergiur dengan ‘sale’ atau tawaran-tawaran hebatnya; sesungguhnya Ramadhan bakal menjelma dengan tawaran yang sejuta kali lebih mengkagumkan! Ramadhan bakal tiba dengan beraneka kelebihan dan keistimewaan paling hebat yang mesti kita rebut! Jangan sampai terlepas!! Dan usah ketinggalan!!

Ibadah sunat yang dilaksanakan bakal diberi ganjaran berganda menyamai ibadah wajib manakala ibadah wajib pula dilipatgandakan sehingga melebihi tujuh puluh kali bahkan lebih. Satu malam bernama Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan itu adalah anugerah menyamai ibadah seribu bulan!

Inilah masanya kita mula melangkah dengan penuh ikhlas mencari reda dan rahmatNya dengan berjinak dan menekuni ibadah solat - bertarawih & bertahajud dll - sedekah, berselawat , beristighfar. Basahkan lidah kita dengan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir – Subhanalllah – walhamdulillah – wala-ilahaillalah – walla –huakbar.

Memperuntukkan masa buat mentartil al-quran saban hari dan malammya. Membuka ruang-ruang hati yang terkesan dengan cahaya iman lalu menyuluh nilai-nilai kebaikan sesama insan – ringankan tulang anda buat menghulur bantuan, bocorkan kocek anda untuk menjadi dermawan.

Berbuat baiklah sesama manusia meskipun berlainan agama dan warna kulit dan berbeza budaya hidupnya. Tauladanilah manusia lain dengan kebenaran dan keadilan. Demikianlah semangat dan toleransi yang ditiupkan oleh Ramadhan Karim!

Sungguh! Ramadhan menjadi simbol penuh kesyahduan buat insan seluruh alam. Dimana-mana juga kita berbuka puasa dengan penuh kesyukuran diatas nikmat yang tidak ternilaikan. Kita sadar dan insaf kepada insan-insan lain yang kurang bernasib baik. Kita juga akan segera bangun bersahur kerana detik itu penuh barakah biar dengan seteguk air cuma. Kita mahu menjadi hambaNya. Kita mahu pasrah dibawah lembayung taufik dan hidayahNya.

Kita cuba mendidik diri dan hati kita dengan nilai keinsanan yang kian terhakis dalam abad moden ini. Nilai-nilai yang semakin terlerai itu bakal terbina dengan motivasi & acuan Ramadhan. Satu bulan tarbiyyah dan latihan yang bakal menempa mercutanda taqwa.

Sebuah nilai Taqwa yang membina dan mengembangkan kemuliaan. Itulah kemuliaan insan muslim yang seharusnya menjadi umat unggul yang dilahirkan sebagai model dan icon kepada umat manusia seluruhnya. Inilah satu-satunya asas kecemerlangan yang memperkasa umat Islam didunia dan InsyaAllah nantinya akan dijemput lalu dipersilakan menduduki singgahsana syurga Allah yang penuh kenikmatan diakhirat kelak.

08 Ogos 2009

Khianat ketika kamu mendahului matanya dari ucapam salammu ketika bertandang

Khianat. Kamu dikira bersikap begitu jika memilih untuk mendahulukan matamu untuk mengetuk pintu tamumu.

Palingkan pandanganmu kesebelah tepi atau belakang terlebih dahulu sehingga tuan rumah bersedia menjawab salammu.

Doa yang tidak manis

Jangan mufradkan doamu ketika ada insan yang sedang mengaminkan doamu

Hujah & alasan untuk membela keuzuran di hadapan Tuhan

Cukupkah alasan dan hujjah kita untuk berhadapan dengan Allah bagi menjawab segala keuzuran yang terkadang sengaja kita ada-adakan.

Ketidakjujuran yang disembunyikan diatas kegagalan kita membina keikhlasan selalunya mewarnai jiwa kita dengan alasan dan hujah yang memperdayakan diri kita sendiri.

Bidaah yang tidak seharusnya menjadi pertikaian

Sheikh Nuruddin al-Makki semalam telah memberikan penjelasan tentang perkara-perkara bidaah yang kini kembali dipertikaikan dalam masyarakat seperi bacaan tahlil, sambutan Maulid, majlis memperingati Israk dan Mikraj, Nisfu Syaaban, bacaan Yasin malam Jumaat dan seumpamanya. Tidak ada salahnya kita mengamalkan semua perkara tersebut kerana para ulama yang mempelopori semua amalan tersebut bukannya membuat rujukan sembarangan yang terkandas dari landasan syariat.
Para ulama terdahulu yang menganjurkan semua amalan-amalan tersebut adalah mereka yang alim dan warak; adalah ulama amilin yang cukup berhati-hati dalam tindakan mereka. Semua perkara tersebut walaupun tanpa sandaran nas-nas yang sorih secara tepat yang mengungkapkannya namun nas-nas lain yang telah difahami dan dihadami ada memberi laluan kearah perlaksanaan semua amalan-amalan tersebut. Tiada salahnya kita membaca al-quran dalam satu pertemuan orang ramai yang tambahan lagi pula dipersetujui untuk diadakan jamuan kenduri dan sebagainya. Memberi jamuan adalah anjuran Rasul. Membaca al-Quran pula sangat-sangat diberi galakan oleh Rasul.
Janganlah terpengaruh dengan gesaan-gesan supaya meninggalkan amalan-amalan yang ternyata menghimpun manusia melakukan kebaikan seumpama membaca ayat-ayat al-Quran, memberi jamuan, berselawat memuji dan memperingati Rasul dll yang kononnya ianya adalah perkara bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Lebih penting lagi janganlah urusan-urusan itu menjadi sebab kepada perpecahan umat sedangkan dihadapan kita terlalu banyak lagi agenda-agenda umat yang lebih besar dan mencabar urusan akidah yang memerlukan masa, tenaga dan buah fikiran untuk menghadapinya.

26 Julai 2009

Selesema Babi

Wabak selesema babi. Dengan kata lain influenza H1N1. Serangannya cukup digeruni. Catatan angka-angka maut yang bersabit dengan kes ini ternyata semakin meningkat. Belum ada apa-apa tanda yang memperlihatkan kejayaan pakar mengaplikasikan sebarang penemuan vaksin untuk suatu pengisytiharan langkah-langkah kemajuan dan kejayaan mengatasinya.

Dunia yang dianggap semakin bergaya mencerna kemajuan dan teknologi menjadi bingung seketika dengan perkembangan wabak yang menular sebegitu cepat serta menelan mangsa yang tidak sedikit. Malaysia tidak terkecuali dalam 'tragedi' ini. IPT-IPT terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan dan penjagaan dengan memberi ruang bercuti kepada pelajar.

Jika wabak seumpama ini dikaitkan dengan fenomena aktiviti manusia yang semakin terperangkap dengan budaya 'lupa Tuhan';terjebak dengan aliran memuja seluruh unsur-unsur hedonisme; terkinja-kinja dipentas gelora nafsu dan keseronokan maka jawapannya adalah merujuk kepada hukum pembalasan akibat gagal memelihara keharmonian fitrah yang menjadi asas keseimbangan.

10 Julai 2009

Khutbah: Nostalgia Tamadun Islam: Kemana halatuju kita dan generasi mendatang

Marilah kita sama-sama menjadi hamba bagi Allah yang sentiasa patuh dan taat kepada perintah-perintahNya. Marilah kita memperkukuhkan iman dan taqwa kita kepadaNya dan berusaha dengan gigih dan tekun untuk mendapatkan keredaan dan rahmatNya.

Perkataan taqwa ini telah begitu lama kita dengar dan akan terus menerus diperdengarkan kepada kita kerana ia adalah asas kepada risalah para rasul – para anbiya dan mursalin - dan merupakan syarat bagi kejayaan dan kecemerlangan insan dalam urusan kehidupan duniawi dan akhiratnya juga.

Taqwa kepada Allah yang merupakan wasiat bagi orang terdahulu dan yang terkemudian, kebajikan dan kebaikan. Keselamatan dari kehinaan pada hari kiamat kelak diberikan kepada orang yang datang bertemu Allah dengan hati dibaluti ketaqwaan, bersih dari syirik dan membawa bersamanya bekalan amalan yang diterima oleh Allah SWT.



“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa”.

Sidang Jumaat sekelian,

Islam telah datang membawa perubahan yang besar dalam kehidupan manusia seluruhnya. Terkadang kita alpa dan leka dengan sejarah dan sirah yang pernah berlaku yang mencatatkan bagaimana Islam telah berjaya membawa satu bentuk keyakinan yang mudah, yakni bertauhid kepada Tuhan Yang Esa, Tuan Yang Satu.

Umat Islam diseluruh dunia juga berpegang kepada satu panduan syariat iaitu al-Quran. Menghala kepada kiblat yang satu iaitu Kaabah. Merujuk dan mengambil pedoman kepada Rasul yang satu, Nabi Muhammad SAW.

Jadi, segala asas kesatuan ini dimiliki secara mutlak oleh kita umat Islam dimana saja kita berada. Bumi umat Islam sangat diberkati sehingga disediakan dengan pelbagai kekayaan hasil bumi yang cukup dicemburui. Tidak ada sebab kita harus bersusah payah berfikir dan mencari mana-mana pegangan atau agama lain.

Islam juga telah terbukti membina satu tamadun yang sangat hebat dengan menyerlahkan keadilan dan kemakmuran; memberikan ruang yang sangat luas kepada penguasaan ilmu, sains bahkan penerokaan laut dan angkasa.

Rata-rata kajian para ilmuan ternyata menunjukkan bahawa negara-negara Barat dan Eropah sangat terhutang budi kepada Tamadun Islam dalam membina kemajuan mereka. Walaupun generasi kita dan anak cucu kita diajar dan dididik dengan agenda membesar dan mengkagumi sains dan teknologi barat; segala penemuan dan ciptaan adalah dimulakan oleh orang-orang barat; kita diperkenalkan dengan nama-nama Sir Isaac Newton, Alexander Graham Bell, Henry Ford, Ferdinand Magellan dan sebagainya ataupun tokoh-tokoh Rom yang awal seperti Plato, Aristotle dan Socrates – namun yakinlah sumber kemajuan dan kecanggihan barat sebenarnya adalah hasil dari sinar Tamadun Islam yang telah berjaya menguasai Ilmu-ilmu al-Quran & ilmu-ilmu lain yang dipelajari, yang diadaptasi, yang dicuri dan diubahsuai oleh mereka kemudiannya.

Cumanya kita mungkin tertipu atau diperdaya oleh telalu banyaknya agenda sehingga menyebabkan terlalu banyak ketidakjujuran yang tercetus sepanjang tempoh mendokumentasikan sejarah dunia itu sendiri.

Sepatutnya kita perlu kenal dan berbangga dengan pakar-pakar yang sekaligus ulama-ulama Islam yang pernah memenuhi tamadun dengan sumbangan mereka. Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibn Rusydi, Ibu Haitam (sekadar menyebut beberapa nama) yang menguasai bidang perubatan, kajian bintang dn falak, ilmu sosiologi, ilmu-ilmu sastera, muzik dan seni sekaligus mempunyai keahlian dalam bidang tafsir, hadis, mantiq, fiqah dsb.

Itu belum lagi kita mengambil ulama-ulama besar dan hebat seperti as-Syafie, Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Malik, al-Imam al-Ghazali dan banyak lagi yang telah memberikan sumbangan terlalu besar dalam bidang ilmu dan disiplin-disiplinnya.


“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”

Sidang Jumaat sekalian,

Penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Yathrib berlaku dalam tahun 622 Masihi. Baginda kemudiannya menukarkan perkataan Yathrib kepada Madinah. Peritiwa ini menggambarkan bandar itu sendiri sebagai tamadun. Oleh itu, Madinah lebih tepat diertikan sebagai pusat tamadun manusia kerana penduduk di Madinah tidak lagi jahil, biadap dan kuno seperti penduduk Mekah ketika itu.

Jika ditinjau dari perspektif sejarah, wujudnya tamadun besar dunia seperti tamadun Cina di lembah YangTze Kiang, Tamadun India di lembah Indus, Babylon, Mesir dan Yunani serta Parsi semuanya memakan masa yang lama untuk berkembang. Namun ia berbeza dengan tamadun Islam yang lahir ditengah-tengah masyarakat yang tinggal di gurun kering, bilangan penduduknya yang sedikit dan berpindah randah. Tidak sampai dua abad (200 tahun) dari saat kelahirannya, tiba-tiba kegemilangannya telah mempengaruhi Eropah, Himalaya bahkan Cina. Sedangkan tamadun besar lain memakan masa beribu-ribu tahun lamanya untuk mencapai kemajuan.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan Tamadun Islam?
1. Ajaran Islam itu sendiri yang bersifat maju dan bermutu tinggi
2. Kebangkitan Islam bukan berdasarkan longgokan harta benda
3. Adanya golongan ulama dan intelektual
4. Kesederhanaan hidup

Mengapa Tamadun Islam Disifatkan Unik?

1. Ia lahir bersama penurunan wahyu
2. Apabila ajaran Islam diterima dan diamalkan mereka yang hidup dalam lingkungan akhlak yang mulia, kerukunan dan bertatasusila tinggi.

Ternyata Nabi Muhammad SAW telah mencipta rekod pembinaan dan perubahaan masyrakat dalam tempoh masa paling singkat.

Inilah satu bentuk ingatan yang harus kita wariskan kepada anak-cucu generasi yang bakal mewarisi kita bahawa Islam mestilah dipegang dengan kuat dan mantap. Bahawa tamadun yang hebat yang pernah kita lalui boleh digilap kembali jika kita bersedia berpegang dan mengambil panduan dari kitab al-Quran itu sendiri. Tidak ada siapa pun yang boleh memadamkan cahaya Allah sebab Islam adalah dari Allah SWT.




“Mereka berusaha keras memadamkan cahaya Allah dengan lidah-lidah mereka tetapi Allah tetap menyempurnakan agamanya walaupun dibenci oleh orang-orang yang kafir”

Muslimin yang berbahagia,

Tamadun Islam adalah sinar cahaya yang menyuluh seluruh alam dengan hakikat sebenar kewujudan Insan. Islam adalah acuan sebenar yang paling serasi dengan ciptaan manusia itu sendiri.

Siapa yang bersama Islam pasti akan berjaya sesiapa yang terbabas akan tertinggal.

Kajian dan perangkaan memperlihatkan bahawa masyarakat dunia kian kembali kepada Islam. Mahu berjinak-jinak dengan Islam. Berapa ramai rakyat di Amerika dan Eropah yang menerima Islam. Bangunan-bangunan masjid semakin banyak terbina dimerata tempat diseluruh dunia bagi menggambarkan syiar Islam itu semakin diterima.

Semakin kuat Islam ditekan dan dicemburui oleh musuh-musuh Islam - samada Yahudi atau Kristian; samada Kafir atau Munafik- selama itu juga Islam menjadi ikon yang cuba dirapati.

Secara logiknya Palestin telah lama hilang dalam peta dunia dengan segala kecanggihan senjata Yahudi Israel namun ternyata Palestin masih kuat dan hebat berdiri berjuang dan mempertahankan Islam. Sudah menjadi sifat kepada Islam sepanjang sejarahnya ia ditentang dan dimusuhi. Namun Islam tetap bangkit dan berjalan dengan bergaya menggamit hati-hati yang mahu mencari kebenaran dan keadilan. Allah memberikan cahaya iman dan petunjuk kepada sesiapa juga dari hamba-hambaNya yang berjalan mencari sinar cahayaNya.

Muslimin sidang Jumaat Sekalian,

Kita bentangkan tentang kehebatan Islam dan tamadunnya dalam khutbah pada hari ini dengan tujuan untuk memberikan satu kesedaran bahawa Islam adalah satu agama yang amat hebat dan agung. Islam dengan ajarannya telah berjaya membetuk insan yang baik dan sempurna.

Marilah kita berjalan dan bergerak dengan agama Islam ini. Marilah kita memberikan kesedaran kepada diri dan generasi anak-anak kita tentang keagungan ini. Jalan penyelesaian kepada masalah diri, masalah keluarga, masyarakat, qaryah, negeri dan negara ditangani dengan penuh kasih sayang dan kemanusiaan oleh Islam.

Kerana kita jauh dari tarbiyyah Allah maka kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang membuntukan. Anak-anak muda yang tenggelam dalam pelbagai masalah moral dan akhlak. Salahguna dadah, ketum, jenayah,ragut, seks bebas, samseng jalanan, adalah masalah –masalah yang berada dihadapan kita dan kita berhempas pulas mahu menghadapinya. Namun belum ada sebarang tanda-tanda berkurangan.

Berapa ramai anak-anak kita yang kita belikan handphone boleh menggunakannya untuk kebaikan. Pernahkah kita periksa apa yang mereka simpan di dalam kota-kotak file handphone mereka. Sedangkan kita atau sebahagian besar dari kita pun tidak pernah tahu cara menggunakan apatah pula mahu memeriksanya.

Berapa ramai anak-anak remaja kita di cyber-cyber cafe, atau yang kita benarkan ke cyber cafe samada untuk membuat kerja sekolah atau lain-lain tujuan benar-benar melakukan kerja sekolahnya atau mereka melayari internet ke laman-laman web yang penuh dengan galakan-galakan nafsu berahi dan hiburan-bhiburan yang melekakan... dunia yang semakin laju dan kita yang semakin lemah.

Sejarah membuktikan pemuda-pemuda Islam diusia belasan tahun memimpin angkatan tentera berdakwah & membuka bumi-bumi Islam yang baru seperti India dan Sepanyol. Sedangkan anak-anak muda kita jatuh, patah, mati dimedan-medan rempit.

Apa yang boleh kita lakukan adalah memberikan didikan dan tarbiyyah kepada anak-anak supaya menjaga sembahyang mereka setiap waktu dan mesti membaca al-quran setiap hari untuk mendidik hati-hati mereka supaya mampu menapis dan menepis segala keburukan dan kemaksiatan. Keupayaan menapis fakta dalam dunia sekarang merupakan satu keperluan yang sangat utama dan mendesak. Firman Allah:



"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawa sebarang berita - janganlah kamu terimanya begitu saja tetapi hendaklah ditapis dan dinalisa terlebih dahulu supaya kamu tidak bertidak secara salah sehingga menyebabkan kamu dikhuatiri mengenakan tindakan secara salah dan buruk terhadap sesuatu kaum sehingga menimbulkan penyesalan kepada kamu implikasi kepada tindakan kamu tersebut"
Sidang Jumaat sekalian,

Kita perlu sedarkan dan penuhkan anak-anak kita dengan ilmu-ilmu asas Islam. Dengan ilmu-ilmu fardhu ain disamping ilmu-ilmu yang lain. Mari kita pupuk mereka dengan akhlak yang baik dan mulia. Majlis-majlis ilmu dimerata masjid dan surau menyediakan kemudahan pengajian untuk memahami dan beramal dengan amalan-amalan yang mulia.

Anak-anak yang terbina dengan akhlak yang baik, ilmu-ilmu asas yang kukuh, berkawan dengan teman-teman yang baik, menghormati ibubapa amat kita rindukan sekarang. Kitalah yang akan menentukan arah tuju generasi anak cucu kita mulai sekarang. Mereka yang terbina dengan akhlak Islam InsyaAllah, akan terpelihara dengan pertolongan Allah. Lepaskan mereka ke dunia luar, untuk belajar dan bekerja dimana-mana InsyaAllah mereka akan mampu menjaga maruah diri dan keluarga mereka. Kita mahu membina generasi yang sedar tentang keberadaan Allah SWT memerhati dan memantau mereka sepanjang masa. Inilah satu generasi yang nantinya boleh menjadi penyambung kepada sebuah tamadun yang adil, baik dan diharapkan.

Kita kenalkan mereka dengan insan-insan yang menjadi rujukan dalam tindakan dan kerjabuat mereka seharian. Supaya mereka tidak terikut-ikut dengan budaya hiburan yang keterlaluan atau budaya hedonisme yang banyak dipromosikan di kaca-kaca TV; supaya mereka tidak terlalu terjebak dengan menyanjung bintang-bintang filem, artis-artis hiburan, bintang-bintang sukan dan seumpamanya. Biarlah kita benihkan mereka dengan cinta ilmu, cinta amal, cinta kebenaran. Biar mereka kenal ulama-ulama Islam yang pernah berjasa pada Islam. Bahkan ulama-ulama besar yang bertungkus-lumus memberikan panduan dan bimbingan yang masih hidup seperti al-Qardawi, Dr Wahbah az-Zuhaily, Dr Ain al-Qarni yang banyak sekali hasil tulisan mereka dipasaran untuk memberi pandangan dan jawapan terhadap persoalan semasa umat Islam. Biar mereka menjadi insan yang bertanggungjawab dan mampu menggariskan hala tuju yang berguna demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.

Mudah-mudahan tajuk 'Tamadun Islam : Kemana halatuju kita & generasi akan datang' ini akan memberikan faedah dan buah-buah fikiran untuk kita memulakan langkah perubahan yang terbaik untuk semua.
Disampaikan di Mimbar Masjid Hutan Kampong pada 10 Julai 2009 bersamaan 17 Rejab 1430H

05 Julai 2009

Kemana arah politik Melayu?

Permainan politik yang kian memualkan. Seperti perjalanannya menuju tebing-tebing licin dan curam. Politik yang semakin sukar dikawal kerana dasarnya seperti kian terbabas. Perjuangan yang cuba memartabatkan bangsa dengan nilai yang bernama pembangunan dan keselesaan dalam tempoh masa lebih setengah abad kelihatan bercelaru dan tidak menjadi. Pemimpin-pemimpin yang diamanahkan kelihatannya sahaja beramanah. Rupanya persepsi dan takrif amanah sudah diberikan versi baru yang mudah difahami dengan pengertian sendiri-sendiri. Maksud dari segi istilah adalah jelas sebagaimana sepatutnya difahami sedangkan makna yang terbit dari perlaksaannya telah memberikan impak pengertian yang lain pula.

09 April 2009

PRK 2 Bt yg mencerminkan kerapuhan BN

Penguasaan kembali kerusi DUN Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam PRK pada 7 April 2009 oleh pembangkang adalah sesuatu yang dijangka. Pelbagai spekulasi bertiup kencang dan bermacam keyakinan diperhujahkan untuk menjustifikasi tokoh yang bakal mewakili rakyat bagi kawasan-kawasan tersebut.

Media massa paling hebat beraksi sebagai ejen dan proksi parti yang memerintah sehingga terkadang seperti dipaksa-paksa sehingga meninggalkan impak yang sangat memualkan. Manakan tidak, jika ucapan DS Anwar Ibrahim enam belas tahun lampau ketika berucap di atas tiket BN disiarkan kembali untuk mengumpan kebencian dihati pengundi.

Agenda pembangunan ad-hoc di kawasan-kawasan pilihanraya itu diuar-uarkan dengan penuh kebanggaan. Apa saja yang berkaitan dengan parti lawan adalah jijik dan kotor. Tidak hairanlah jika aku menjadi begitu malas dan tidak berselera untuk mengikuti cerita-cerita propaganda yang mengada-mengada itu!

Sesekali aku bertanya, tidak adakah cara atau kaedah baru yang lebih lunak dan lebih menarik untuk berkempen bagi memenangi hati rakyat?! Kenapa gagal untuk menjawab hujah-hujah pembangkang bahkan seperti takut sangat dengan serangan mereka!

Rakyat kini bukannya bermentaliti seperti lepas merdeka dulu! Peratusan mereka yang sudah merdeka hati budinya sudahpun meningkat dengan cepatnya. Hujah perlu diatasi dengan hujah yang lebih bernas. Bukannya mengikat dan membunuh mereka yang berani bersuara. Rakyat bukan lagi boleh diperbodohkan. Rakyat yang bodoh dan lambat berubah sudah semakin pupus bersama gerak politik yang semakin korup dan bercelaru! Jika perubahan gagal dimanafaatkan, lihatlah nanti suatu evolusi kepupusan. Demikianlah politik yang berteraskan kebangsaan dan perkauman, umurnya tidak mampu bertahan lama.

25 Mac 2009

Kerajaan PR Kedah selepas 100 hari: Satu komentar umum

Mampukah kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah yang diketuai oleh PAS dibawah teraju pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak sebagai Menteri Besar bertahan sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti dan seterusnya mampu pula mempertahankan kemenangan itu untuk penggal yang berikutnya nanti? Suatu persoalan yang sukar diberi telahan.
Bagaimanapun, senario politik Kedah selepas seratus hari pemerintah PR kelihatan masih belum bergegar hebat. Beberapa insiden yang seperti acahan-acahan kecil masih gagal menimbulkan 'kegelian' kepada kerajaan baru itu untuk mudah melatah apatah lagi hilang kawalan. Mengangkat isu-isu yang terpencil seperti penutupan tadika kemas, sabotaj oleh pihak majlis kerajaan tempatan seperti MBAS, tuduhan-tuduhan melulu tanpa asas kukuh seumpama wujudnya exco Kedah yang 'derhaka', percubaan memancing wakil rakyat dan seumpamanya tidak memberikan impak yang maksima untuk menggugat kerajaan.
Ternyata pihak pembangkang di Kedah (BN) masih terkial-kial mencari sasaran yang tepat untuk melemahkan pentadbiran pimpinan Ustaz Azizan itu. Polisi yang diaplikasikan oleh MB dalam urus-tadbirnya memberikan implikasi yang cukup signifikan samada dengan pegawai-pegawai kerajaan, sektor-sektor swasta, NGO-NGO dan lain-lainnya sehinggakan halatuju yang difokaskan terhadap kemajuan negeri semakin terserlah.
Situasi politik yang stabil telah menyumbang kepada keselesaan rakyat seluruhnya. Misi-misi pelabur asing semakin berminat dengan bumi Kedah ini disebabkan dasar dan polisi yang telah dipermudahkan dengan urusniaga tanpa 'belitan' birokrasi atau kepentingan-kepentingan lain yang menyusahkan. Dalam masa yang sama, pelbagai perubahan telah diperkenalkan. Hubungan dengan istana yang mesra dan intim banyak membantu kejayaan tersebut.
Namun, asas kekuatan parti perlu diperkemaskan. Pakatan Rakyat memerlukan komitmen yang serius dari semua ahli-ahli dan penyokongnya. Walaupun, kemenangan bergaya oleh PR di beberapa negeri telah mendapat kredit dan 'membuka mata', namun satu perkara yang perlu diakui ialah bahawa persiapan dalam ertikata yang rapi dan tersusun diperingkat cawangan, kawasan, bahagian dan negeri masih belum boleh dipuji dan dibanggakan.
Hakikatnya, kemenangan dalam PRU ke-12 adalah satu isyarat ketidakpuasan hati rakyat kepada BN adalah satu hujah yang dipersetujui. Dibantu pula oleh perubahan sikap yang jelas menolak kepimpinan lemah dan bermasalah pemimpin-pemimpin kerajaan pusat sehinggakan mencetuskan terlalu banyak bebanan dan kerimasan dalam kehidupan dan keselesaan rakyat meninggalkan implikasi yang berjaya menggugat status-quo BN. Trend atau arah kecenderungan generasi muda yang majoritinya tidak dapat menerima kaedah dan pendekatan kerajaan yang kelihatan mengamalkan nilai-nilai hipokrasi sangat menyumbang kepada kejatuhan BN.
Oleh itu, program dan penyusunan semula parti dengan agenda-agenda yang lebih serius dan praktikal perlu diberi penekanan. Ahli-ahli tidak boleh dibiarkan berstatus seperti pembangkang yang lebih bersedia melihat, mengkritik dan menegur. Hak dan tanggungjawab sebagai rakyat dan sebagai ahli yang mahu kerajaan PR ini berkesinambungan dalam pemerintahannya perlu dikongsikan. Kerajaan baru ini harus diberikan peluang untuk beberapa penggal untuk mentadbir dan memperlihatkan kematangannya sehingga kehendak dan keperluan serta segala tuntutan dan kepentingan rakyat dapat direalisasikan.
Apa yang jelas, mempertahankan kemenangan itu bukanlah satu kerja yang mudah!

24 Mac 2009

Kurma: Makanan Utama Muslim!!

Bahawa Islam telah lama memperkenalkan buah kurma/tamar - rutob(tamar basah)/ajwa(tamar kering)- sebagai makanan paling hebat dalam sejarah manusia! Disana-sana sini di dalam kitab suci al-Quran, Allah S.W.T. telah menyebutkan buah ini dengan jelasnya. Begitu juga dengan seerah Rasulullah S.A.W. yang telah merakam dan memperlihatkan budaya pemakanan yang memartabatkan buah tamar ke suatu tahap yang tinggi sebagai bahan makanan yang sangat utama.

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa kandungannya sarat dengan pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dimana pengusaha Muslim yang berjaya mengangkat status buah tamar sebagai "Islamic food" yang setanding atau melebihi penjenamaan kepada western food, japanese food, chinese food dsb?

Kurma ada dimana-mana yang datang dari pelbagai negara samada Arab Saudi, Iran, Tunisia , Cina dan merata lokasi di seluruh pelosok dunia. (Cuma berhati-hati dengan kurma keluaran Yahudi) Dalam pelbagai bentuk dan kaedah pembungkusan - yang masak dan yang muda bahkan yang masih bertangkai. Terdapat pelbagai cara pemasaran kurma sehingga semakin masyhur kini jus kurma yang dibotolkan untuk menarik minat pembeli dan pengguna. Paling penting, amalkan pemakanan kurma ini setiap hari walaupun dalam bentuk apa sekalipun. Jangan hanya teringat untuk menjamah kurma menjelang Ramadhan sahaja!

Kurma adalah makanan yang paling cepat tercerna dan segera memberikan tenaga. Rasulullah S.A.W. mendidik umatnya berbuka puasa dengan buah kurma. Antara lain maksudnya adalah untuk segera memberikan tenaga kepada tubuh manusia. Ia juga makanan yang secara lumrahnya membunuh kuman-kuman yang tidak diperlukan di dalam saluran usus manusia. Cuba bayangkan berapa banyak manusia moden yang terpaksa menderita menghidap pelbagai penyakit yang berpunca dari masalah usus akibat terdedah kepada pelbagai pengambilan makanan ringan dan segera yang tidak dapat dipastikan bertindakbalas dengan sempurna terhadap usus kita. Sesunggunya Allah S.W.T. memberikan kurma bagi terapi masalah usus manusia bagi mereka yang yakin dan mahu beramal dengannya.


Madinah al-Munawwarah adalah lokasi yang paling subur bagi pohon-pohon kurma bahkan paling sedap pula. Sebelum Rasullah S.A.W. berhijrah ke Madinah, orang-orang Yahudi telahpun berada di sana tinggal dan menguasai oasis-oasis yang penuh dengan pohon-pohoh kurma. Mereka menjadi orang yang sangat peka dengan kewujudan hasil yang baik dan kedudukan yang strategik. Selepas berlaku penghijrahan Rasulullah S.A.W. ke Madinah, lokasi kebun-kebun kurma telah dibuka oleh orang-orang Muhajirin dan Ansar. Orang-orang Yahudi menjadi tergugat dengan kepesatan pembangunan orang-orang Islam di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. Dalam perang Khaibar dalam tahun 4 Hijriah, Rasulullah S.A.W. telah menawan oasis Khaibar yang amat subur itu yang sudah beberapa lama menjadi kubu kuat orang-orang Yahudi sehingga mereka mengangkat bendera putih meninggalkan bumi Madinah. Oasis Khaibar juga adalah kawasan kurma yang penting di Madinah.

Setahun sebelum Rasulullah berhijrah, Mus'ad bin Umair (syuhada' Uhud)dihantar ke Madinah (Yathrib) untuk mengembangkan dakwah dan risalah Islamiyyah. Pernah diceritakan bahawa Mus'ab berada didalam satu kebun tamar yang diairi dengan sistem pengairan yang baik sambil menyampaikan ceramah dan dakwahnya sambil orang ramai berada disekelilingnya. Begitulah keindahan Madinah yang begitu sinonim dengan tamar-tamarnya sehinggalah ke hari ini dan masa-masa mendatang.

Sekali peristiwa Rasulullah S.A.W. pernah menunggang dan menepuk belakang untuk mengeluarkan sebiji kurma yang dimakan oleh cucunya. Kebetulan cucunya yang masih kecil itu secara tidak sengaja mengambil sebiji kurma milik seorang sahabat tanpa kebenaran beliau. Demikianlah tegasnya Rasulullah S.A.W. salam soal makanan kerana beliau menjadi contoh tauladan kepada sahabat-sahabat lain dan umat sekaliannya. Tiada kompromi dalam soal makanan yang shubahat apatah lagi yang haram. Apabila keluar buah kurma dari mulut cucunya, beliau pergi menemui sahabat milik buah kurma tadi lalu memohon maaf. Sahabat tersebut dengan rela hati mengizinkan Rasulullah S.A.W. untuk mengambil buah tersebut. Lalu kemudiannya Baginda membasuh buah tersebut dan menyerahkan kembali kepada cucunya untuk dimakannya. Ulama' antara lain mengambil faham pengajaran dari peristiwa tersebut bahawa buah kurma adalah makanan yang penting dan utama untuk dimakan oleh manusia.

23 Mac 2009

Yahudi & Anda sama saja jika anda merokok!!

Kalau amalan merokok itu sekadar memusnah diri anda sahaja, teruskanlah aktiviti tersebut! Sudah lama anda mendengar larangan dan kesan negatifnya. Bahaya dan implikasinya. Anda belum mahu sedar dan serik! Teruskan saja aktiviti merokok anda itu! Tidak ada siapa yang akan perduli!!

Kalau merokok itu boleh memendekkan umur anda sahaja… beli, hisap dan hisap terus!

Jika merokok itu setakat memusnahkan jantung dan diri anda saja.. No problem!carry on!!

Apa pun sebab dan kesan yang diberitahu oleh sesiapa juga - dari teman, kawan rapat, isteri, ustaz, guru, doktor, pakar, specialist - tidak ada satu pun yang terkesan di hati anda untuk mengurangkan apatah lagi memberhentikan kegiatan merokok anda itu.

Anda tahu bahayanya bukan diri anda saja tetapi implikasinya turut melibatkan perokok pasif yang terdiri dari teman anda, isteri dan anak-anak anda dan semua yang turut serta menyedut asap yang anda hisap dan lepaskan itu!

Tapi sedarlah! Tolong sedarkan diri anda segera! Gerakkan minda anda !! Sebab yang satu ini lebih malang dan lebih mengerikan!!

Setiap batang rokok yang anda beli hasilnya turut disumbangkan kepada bangsa Yahudi. Sebab syarikat-syarikat gergasi pengeluar rokok adalah milik Yahudi!

Anda beli rokok dan duit anda akan sampai nantinya kepada yahudi. Yahudi bunuh dan sembelih umat Islam. Yahudi siksa dan musnahkan negara Islam. Yahudi bunuh anak-anak, orang perempuam ,orang tua. Yahudi menyebabkan berpuluh-puluh ribu anak-anak yatim, janda-janda, orang-orang yang cacat dan menderita di Palestin dan Asia Barat!

Anda turut sama memiliki saham di atas kekejaman dan kelaknatan Yahudi itu! Sebab anda mempunyai saham yang di sumbangkan dengan setiap batang rokok yang anda beli!

Samalah juga dengan lain-lain barangan keluaran musuh-musuh Islam seperi Amerika, Britain, Belanda dan lain-lain!!

Marilah kita behenti merokok!! Boikot semua barangan musuh kita!! Jangan sampai kita turut menyumbang kepada kezaliman dan pencerobohan Yahudi atau sesiapa juga musuh agama kita ke atas diri kita dan saudara-saudara kita dimana-mana juga !!

FAILURE IS THE MOTHER OF SUCCESS

If you want your dreams to come true, you mustn't oversleep.

Of all the things you wear, your expression is the most important.

The happiness of your life depends on the quality of your thoughts.

The heaviest thing you can carry is a grudge..
One thing you can give and still keep...is your word.

Your mind is like a parachute...it functions only when open..

Syair: Nasib bangsaku

Nasib bangsa menjadi taruhan
Amanah diberi tercicir dijalanan
Asyik merebut tampuk jawatan
Rasuah dan maruah jadi mainan

Jika direnung nasib bangsaku
Hibanya hati rasa terharu
Politiknya makin tidak menentu
Bahasanya pula tambah celaru

Teras perjuangan berteraskan bangsa
Nyata terbukti membawa bencana
Apalah lagi mahu diperkasa
Andai rakyat kian menderita

Kalau diikut rasanya hati
Mohon disergah suara tsunami
Tiada guna dakwah menasihati
Tiada siapa ingin perduli

Mari kembali kepada fitrah
Membesar-agungkan syariat Allah
Menjinakkkan pemimpin bernafsu amarah
Menyusun masyarakat keadilan terserlah.

Pantun: Oh! Negaraku.

Dari permatang turun ke kuala,
Mencantas dahan dilereng bukit;
Lakunan sumbang rampasan kuasa,
Barisan yang goyang bertambah sakit.

Anak kecil meniup belon,
Nafas tercungap kembung pipinya;
Pakej rangsangan enam puluh bilion,
Pening fikirkan mana sumbernya.

Melangkah gagah dipagi hari,
Panglima ternama menyembah setia;
Pemimpin bertepuk rakyat menari,
Tanah tergadai berputih mata.

Pemimpin meraba memekak telinga,
Suara pakar raihkan ke tepi;
Contoh tauladan merata dunia,
Bahasa Ibunda membina integriti.

Cempaka mengharum dihutan palas,
Anggerik juga dibawa ke desa;
Senyum –senyum kusangka ikhlas,
Namun kulihat seperti terpaksa.

Cincin emas cincin permata,
Genggam erat ditapak tangan;
Asal dapat tampuk kuasa;
Rempuh sahaja segala halangan.

Menongkah arus mengemudi bahtera,
Singgah berteduh dihujung pelabuhan;
Kembali berpaksi asas sejahtera,
Syariat Islam mendokong keadilan.

22 Mac 2009

Kelunakan pembohongan & penipuan

Sungguhkah rakyat sentiasa menjadi mangsa pembohongan dan penipuan pemimpin-pemimpin mereka?

Atau pemimpin terpaksa memperalatkan 'bohong dan tipu' itu sebagai kaedah atau strategi dalam pelan urus-tadbir demi menzahirkan fenomena dan environment yang kondusif agar rakyat tidak rimas dan sentiasa selesa?!

Bahasa pembohongan dan penipuan itu pula diperlunakkan dengan istilah-istilah yang bombastik sehingga rakyat terbuai-buai dalam kesyahduan!

Sehingga tiba dipersimpangan yang menemukan noktah kebuntuan pun, istilah dan perbandingan diangkat menjadi hukum rasional bagi menjustifikasikan perlakuan hipokrasi mereka dan rakyat yang dihukum sembelih dengan kelunakan itu tetap setia menyanjung dan menyokong meski dalam seribu kepayahan?

Mereka yang mendahului zaman

Rasulullah S.A.W. adalah peribadi yang mendahului zaman. Beliau adalah 'al-quran yang bergerak'. Khazanah perbendaharaan yang bersumber dari baginda samada tuturkata, geraklaku, pengakuan, syakhsiyah dan seumpamanya adalah manifestasi dari risalah yang berteraskan al-Quran itu sendiri. Mereka yang mengikuti perjalanan Rasulullah S.A.W. dari kalangan ulama' dan auliya' adalah tergolong dari mereka yang juga senantiasa mendahului zaman dalam pemikiran dan ijtihad mereka.

18 Mac 2009

Diantara pesanan Dr Aidh Abdullah al-Qarni

الإيمان والعمل الصالح هما سر حياتك الطيبة ، فاحرص عليهما
Iman dan amal soleh adalah rahsia kehidupan yang sempurna. Peliharalah kedua-duanya

اطلب العلم والمعرفة ، وعليك بالقراءة فإنها تذهب الهم
Tuntutlah ilmu dan makrifah; sentiasalah membaca kerana ia mengundang ilham

عليك بقراءة القرآن متدبراً ،وأكثر من ذكر الله دائماً
Usahakanlah membaca al-Quran dengan mentadabburkan maknanya;selalulah memperbanyakkan zikrullah.

أحسن إلى الناس بأنواع الإحسان ينشرح صدرك
Berbuat baiklah kepada sesama manusia dengan pelbagai jenis kebaikan dan ehsan nescaya Allah akan membuka hatimu

لا تنتظر شكراً من أحد ، فليس لك على أحد حق ، وافعل الإحسان لوجه الله فحسب
Usah mengharap pujian dan penghargaan seseorang; engkau tidak sepatutnya menuntut hak kepada sesiapa juga; Memadailah dengan melaksanakanlah kebaikan emata-mata kerana Allah!

Resensi Buku: Misteri Solat Subuh


Nama Buku: Misteri Solat Subuh
Penulis: Dr. Raghib as-Sirjani
Mukasurat: 147
Kandungan: 7 bab

Hadiah paling istimewa untuk manusia! Khususnya pula kepada mereka yang bernama Mukmin-Muslim.Waktu Solat Subuh!

Melepaskan peluang dalam ertikata tidak memperdulikan waktu ini (dan membiarkan ia berlalu percuma) adalah satu kerugian yang paling besar. Nilai yang Allah S.W.T. datangkan dengan fenomena Subuh adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan pertumbuhan jiwa dan fizikal insan itu sendiri. Tidak hairanlah studi khas yang dilakukan oleh Dr Ragib as-Sirjani dalam topik “Misteri Solat Subuh” ini terlalu mengesankan.

Pengalaman penulis ketika bersama umat Barat di suatu masa ternyata memberikan satu impak bahawa mereka telah menafaatkan detik waktu subuh itu dengan sebaiknya. Walaupun kebanyakkan mereka mungkin tidak mengetahui ajaran Islam yang terlalu menekankan tentang waktu perdana ini tetapi lanskap hidup mereka telah dibudayakan dengan baik ketika melalui “detik-detik waktu embun” itu. Ada yang bersantai sambil menikmati udara segar pagi dengan anjing; yang mengatur program dan seminar seawal 6.00 pagi dengan kehadiran penuh tepat pada waktunya! Demikianlah manusia barat yang banyak menempa kejayaan duniawi yang tidak mustahil jika kita kaitkan dengan budaya hidup yang me’makna’kan waktu awal pagi dengan penuh tekun.

Islam datang dengan risalah yang sangat murni memberi hidayah dan panduan paling berharga kepada umatnya. Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya “ Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan Solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya nescaya akan bergegas kepadanya walaupun terpaksa merangkak!!”. Seorang pemimpin Yahudi pernah melafazkan : “ Kita tidak perlu takut kepada orang-orang Islam sehingga mereka dapat memenuhi ruang-ruang masjid mereka pada waktu Subuh sebagaimana mereka lakukannya pada hari Jumaat!”

Kesimpulan mudahnya, pada waktu subuh tersembunyi kekuatan buat setiap peribadi muslim-mukmin dan kekuatan pada masyarakat dan umatnya. Namun sejauh mana perkara ini diberi keutamaan oleh orang-orang Islam? Nilai pendidikan yang perlu diperhatikan dengan serius oleh individu, institusi famili serta para perancang pendidikan. Tarbiyyah Islamiyyah tidak akan lengkap melainkan dengan mengambilkira asas ini sebagai aplikasi yang bersifat mandatory.

26 Februari 2009

"Oh! betapa bahagianya mereka"

Satu scene yang indah! Keluar dari pejabat pagi tadi menuju ke Pusat Bandar untuk ke Bank Muamalat terpandang sepasang insan berbasikal (ala-ala 60-an gitu) mencuri pandanganku. Lelaki bermisai tebal separuh macho agak setengah umur, berbaju lengan panjang putih, berseluar hitam kemas; baju dimasukkan ke dalam dengan kasut hitam ala ke pejabat.

Dibelakangnya membonceng wanita separuh umur berbaju kurung dengan tudung panjang kehijauan; dibiarkan saja sebelah tudungnya yang tak berikat terlepas ke bawah menutupi separuh baju ‘pink’nya. Dengan badan sedikit dicondongkan agak kebelakang kelihatan tangan kanan wanita itu memeluk pinggang si lelaki agak kemas, kasut tumit tingginya dapat dilihat dengan jelas apatah lagi dengan kedudukannya yang bertindih paha duduk penuh bersahaja di tempat ‘carrier’ di belakang..

Kalau tak salah perhitungan, nampak seperti pasangan suami-isteri. Wajah keduanya selamba saja. Si lelaki mengayuh tenang tanpa memperdulikan beberapa pandangan liar mencuri-curi dari cermin-cermin kereta atau pandangan terus dari penunggang motosikal dan mereka yang lalu-lalang di situ; terpegun rasanya. Bukan senang hendak bertemu dengan pemandangan sebegitu dalam zaman begini.

Begitulah warna-warna kehidupan, kebahagiaan adalah milik semua dengan sejuta aksi. Aku cuma mampu berkata: “oh, betapa bahagianya mereka!”

25 Februari 2009

Sajak: Perjalanan Menuju Keabadian

Sayupnya perjalanan
tanpa perlu ditanya kemana
telah mengerti arahnya
sama saja kesana

sebuah perhimpunan
dimahkamah telus terbuka
perbicaraan aksimu di dunia
dinoktahi kematian
penentuan di mizan
dipersaksikan
di atas neraca
dosa dan pahala

melalui titian
merentangi neraka
pilihannya cuma dua
tergelincir dimamah sengsara
kesyurga menikmati bahagia

Resensi Buku: Berakhirnya Usia Dunia

Nama Buku: Beakhirnya Usia Dunia
Penulis: Syeikh Muhammad Mutawali al-Sya'rawi
Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Mukasurat: 141
Kandungan: 7 fasal

Sebuah buku penting cetusan pemikiran Syeikh Muhammad Mutawali al-Sya'rawi. Mengandungi tujuh fasal atau bab yang memberi fokas kepada sebuah perbincangan kritis mengenai halatuju dan pegangan manusia di muka bumi dalam rangka memenuhi taklif sebagai insan rabbaniyy menuju sebuah kehidupan kekal di akhirat.

Insan kerap melupai asal kejadiannya. Ia selalu memberi keutamaan kepada pencapaian akal dan mindanya. Semakin terbongkar rahsia alam hasil penerokaan dan penemuan rahsia-rahsia sunnatullah yang mempermudahkan segala urusan kehidupan, manusia bukan semakin mahu mendekati Tuhannya sebaliknya sombong dan bertambah jauh!

Penyingkapan tabir demi tabir terhadap beberapa isu penting seperti perubahan manusia, peranan makhluk-makhluk ciptaan lain, persoalan ruh, kekerdilan manusia berbanding keagungan ciptaan langit dan bumi dan seumpamana telah dirakamkan sebegitu teliti dan menarik. Lebih terasa kehebatan buku ini bila pengarang dengan cara bersahaja menyingkap keupayaan akal fikiran insan secara sadar dan rasional mengupas isu-isu ketuhanan yang akhirnya membawa kesimpulan padu bahawa kehidupan ini mestilah disahut dengan iman!!

Beberapa petikan dari teks:

Allah menghulurkan sebab-sebab untuk semua makhlukNya. Orang yang mengambil sebab-sebab itu dengan sungguh-sungguh maka dia berjaya menandingi orang lain.

Manhaj keimanan menuntut setiap orang yang semakin meningkat pencapaian ilmunya agar semakin meningkat pula iman dan kyusuknya kepada Allah.

Bersegera melakukan kebaikan adalah satu perkara yang dituntut kerana manusia tidak dapat menjamin nasibnya esok hari.

23 Februari 2009

INGAT TENTANG AGIHAN REZEKIMU

يَاابْنَ اَدَمَ إِنْ رَضِيْتَ بِمَا قَسَّمْتُ لَكَ أَرَحْتُ قَلْبَكَ وَبَدَنَكَ وَإِنْ لَمْ تَرْضَ بِمَا قَسَّمْتُهُ لَكَ فَوَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأُسَلِّطَنَّ عَلَيْكَ الدُّنْيَا تَرْكَضُ فِيْهَا كَرَكْضِ الْوَحْشِ فِى الْبَرِيَّةِ وَلاَيَنَالُكَ مِنْهَا إِلاَّ مَا قَسَّمْتُهُ لَكَ َوكُنْتَ عِنْدِىْ مَذْمُوْمًا

Hai anak Adam! Jika kamu reda dengan apa yang Aku bahagikan kepadamu maka Aku akan tenangkan hati dan tubuh badanmu. Sebaliknya jika engkau tidak reda dengan apa yang Aku bahagikan untukmu maka demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan kuasakan ke atasmu dunia ini di mana kamu akan menghentakkan kaki padanya sebagaimana hentakkan kaki binatang liar di belantara; tetapi kamu tidak akan memperoleh melainkan sekadar yang Aku tetapkan pembahagiannya untukmu sedangkan engkau di sisi-Ku adalah seorang yang tercela. – (al-Hadith al-Qudsi)

LEMBUT

TAIF: RAHMAT DARI DOA RASULULLAH

Peribadi dan akhlak seorang Rasulullah adalah terlalu hebat. Teramat layak ianya menjadi rahmat kepada sekelian alam. Ternyata kehebatan Rasulullah berlaku dalam seluruh gerak-geri di dalam keseluruhan perjalanan hidupnya. Semuanya menjadi contoh dan tauladan kepada umat seluruhnya yang mengharapkan panduan dan bimbingan bagi memanifestasikan sifat kehambaan dalam ertikata kepatuhan yang mutlak kepada Maha Pencipta.

Bumi Taif yang pernah menolak kehadirannnya dalam misi dakwah beliau telah mendapat rahmat dengan doa "Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka belum memahami". Sehingga kemudiannya, rombongan awal dari taif telah datang bertemu Rasulullah pada tahun 7 Hijriyyah bagi menyatakan keimanan kepada Allah dan RasulNya.

Bumi yang pernah didoakan itu juga menjadi sebuah kawasan subur yang menghasilkan buah-buahan yang baik; khasnya anggur yang terhasil dari jenis paling baik, segar dan sedap. Sedangkan sewaktu beliau bersama Zaid bin Harithah memijak bumi Taif dulu, mereka telah dihujani dengan lontaran batu-batu yang membawa sehingga Rasulullah mengalami luka-luka dikepala. Diceritakan juga bahawa sepatu Rasulullah dipenuhi dengan darah sehingga 'berbunyi kesan-kesan darah' itu ketika beliau berjalan meninggalkan bumi taif itu.

Meskipun Jibril a.s. merayu kepada baginda untuk menghempapkan batu-batu dari bukit Taif ke atas penduduknya namun ternyata Rasulullah s.a.w. menolaknya. Biarpun beliau mendapat keji-nista dan siksaan sedemikian parah beliau tetap melihat jauh melepasi batas-batas penderitaannya. Biar generasi awal ini gagal untuk beriman tetapi beliau tetap menaruh keyakinan bahawa akan sampai masanya anak-cucu mereka akan menerima ajaran tauhid berasaskan agama Islam yang dibawanya.

17 Februari 2009

MENCARI KELAZATAN DALAM SOLAT

Sudah berapa lama kamu bersolat?
Pernahkah kamu merasai kelazatan ketika bersolat?

Lazat dan nikmat kerohanian ketika bersolat adalah anugerah Allah S.W.T. kepada hambaNya yang dikehendaki. Sebagaimana Ia telah kurniakan kepada RasulullahS.A.W., sahabat-sahabatnya, para auliya',para ulama atau sesiapa juga dari hamba-hambaNya dari kalangan mereka-mereka yang terpilih.

Masih jauhkah lagi solat kamu dari kualiti yang menjadi sebab kepada keizinan Allah menganugerahkan hadiah kelazatan itu kepadamu? Atau seluruh hidupmu mesti difokaskan dengan pendekatan kerohanian yang terancang bersumberkan keperluan-keperluan yang menjadi ramuan bekalan menuju Ilahi. Perjalananmu itu penuh ranjau berliku; di sana-sini terdapat perangkap dan jerat musuh. Sedang jarak perjalanan musafir itu tak mungkin terduga berapa jauhnya dan entah dimana ... cuma yang pasti pesan guru: bawalah panduan ilmu, bekalan takwa, pemandu arah dari kalangan guru-guru yang mursyid (berkelayakan) dan senjata zikir & wirid. Jalani jalan tersebut dengan tekun dan bersungguh-sungguh, beriadah dengan melakukan amal-ibadat yang dibenci nafsu, bermujahadah melawan godaan amarahmu, akur dengan perintah guru-gurumu, amalan dan wiridmu secara istiqamah... oh!! jalannya terlalu sukar dan berliku... "syurga" bukan boleh dibeli dengan harga yang murah!

Bagaimana nikmat dan lazat bermunajat dengan Allah itu?
Pernahkah kamu bersolat Hajat memohon kepada Ilahi agar dianugerahkan nikmat kelazatan tersebut? Memohon dipertemukan guru-guru yang berkelayakan untuk memandumu mencari kelazatan dan kenikmatan rohaniah terutama dalam ibadat-ibadatmu?

16 Februari 2009

PANTUN : SIAPA TAAT DAN SIAPA DERHAKA

Duduk bersantai sambil bercerita,
Kisah silam tangkas bersilat;
Raja Berpelembagaan tetap dimahkota,
Naungi negara bangsa berdaulat.

Sambut beradat Laksamana Bentan,
Diarak tandu keliling kota;
Menjunjung tinggi daulatnya Sultan,
Alasan tersembunyi merampas takhta.

Menahan rindu di kala duka,
Menanti kekanda kembali ke desa;
Berani bertahan bukannya derhaka,
Menentang konspirasi rampasan kuasa.

Hinggap lalat di ranting nangka,
Terbang lari disergah merpati;
Siapa taat siapa derhaka,
Biar perlembagaan tentukan nanti.

15 Februari 2009

RELAX - Satu Kaedah Terapi Paling Efektif

"Happy Annivesary" KE-19 BUAT ISTERIKU

19 tahun bukanlah suatu jangkawaktu yang singkat. Semestinya begitulah. Masa yang secara relatif panjang itu telah memberi suatu konotasi bermakna dalam satu perjalanan kehidupan kita.

Sudah pastilah ianya suatu nikmat yang terlalu amat besar untuk disyukuri. Suatu rahmat yang hebat dan bermakna yang harus diperhalusi. Tidak ternilai oleh sebarang nilai material atau tuturan bicara. Nikmat yang semestinya dilafaz oleh sentuhan bibir nurani dengan keikhlasan budi.

Perkahwinan didefinisikan oleh Hamka dengan kata-kata ‘perkongsian sejuta perbezaan dalam satu ikatan’. Demikianlah kebenaran kata-kata bijak pandai yang kerap memberikan pemerhatian untuk membaca sebuah kitab kehidupan yang beraneka ini dengan memberi suatu impak pengertian yang mengesankan.

Lebih menariknya lagi ianya bukan hanya satu perkongsian biasa yang berjalan dipaksi lumrah tetapi melepasi suatu kebijaksanaan untuk saling memahami dan memperkuatkan ‘persamaan’ sekaligus rela mengorbankan emosi dan sentimen demi meneutralkan ‘perbezaan’ yang sesekali muncul beraksi.

Hidup yang dianugerahkan itu telah kita kecapi bersama. Susah senang kita redahi juga. Kelmarin adalah hari-hari yang telah kita bina dengan penuh tekun. Kita tetap meredahnya biarpun payah.

Bukankah kita pernah mengah dalam kayuhan kehidupan ini. Bukan sekali tetapi beberapa. Kepayahan dan derita mengajar kita sesuatu. Akhirnya kita temui juga ketenangan. Pastinya ketenangan itulah yang turut membina elemen-elemen kebahagiaan.

Sesekali asak kepenatan yang membungkam berlalu begitu saja. Tenggelam dan akhirnya terbenam. Justeru, kita biarkan ianya berlalu dipercelahan pasrah. Santai, relax dan ‘enjoy’ begitu. Mungkin itu adalah formula hidup kita yang banyak meransang sebuah kehidupan yang sentiasa hidup; mampu pula bertahan.

Kasih dan sayang adalah resepi. Anak-anak pula sebagai penyeri. Apapun, kita ada tugas dan tanggung-jawab. Kita ada hak dan peranan yang mesti terus dipikul dan dilaksanakan. Anak-anak kita bakal membesar dengan pelbagai ragam. Biarlah kita terus menjadi model terbaik untuk mereka terus menokok kebahagiaan sedia ada. Kita basahi mereka dengan asas agama yang mantap supaya mereka tidak tercari-cari nilai diri. Kita balutkan mereka dengan cinta dan kasih yang berpada dan sewajarnya; usah terlalu berlebihan – kerana nantinya mereka tahu menilai makna cinta, kasih dan sayang yang sebenarnya dan diletakkan dipaksinya yang tepat.

Semoga kita dianugerahkan Ilahi hidup yang lebih berkat dan diredai. Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan ke-19. Salam kasih sayang dari suamimu.

28 Januari 2009

14 Februari 2009

TAHAP PERKEMBANGAN MANUSIA

Tahap 1(1 hingga 7 tahun)
Bayi, Kanak-Kanak.
Perlukan didikan penuh belaian kasih-sayang dan kemanjaan.
Solat mestilah digalakkan.

Tahap 2(8 hingga 14 Tahun)
Kanak-Kanak, awal remaja.
Zaman persekolahan rendah dan menengah rendah.
Didikan perlu kepada pendekatan yang tegas. Didik dengan ketegasan.Mereka perlu memahami dan bersedia memikul tanggungjawab. Solat tidak boleh lagi ditinggalkan. Usia paling ideal untuk menghafal pelajaran,al-Quran,Hadis dll.Tindakan lebih tegas sehingga kepada peringkat memarahi jika perlu;merotan sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Akan berlaku tindakbalas, tidakpuas hati, merajuk, marah, mengomel dsb. Jangan perdulikan! Ingat! didik dengan tegas.

Tahap 3 (15 hingga 21 Tahun)
Awal Remaja
Masih lagi dalam era persekolahan. Menengah,Menengah Atas, Kolej, Universiti dsb.
Masa yang penuh cabaran dan pancaroba dalam kehidupan mereka. Banyak terpengaruh oleh teman rakan dan persekitaran. Berani beraksi dengan pelbagai gelagat. Sikap dan perangai yang sukar dibaca. Tidak suka dikongkong. Mudah bertindakbalas terhadap sebarang ransangan. Ditahap inilah, ibubapa perlu berkawan atau bersahabat dengan anak-anak. Perlu banyak bercakap dan bersedia mendengar 'cerita' mereka. Seeloknya, tahu siapa kawan dan kumpulan mereka. Bijak menunjukkan reaksi terhadap apa-apa masalah dan cuba memberikan respon yang positif dalam kaedah-kaedah yang menarik dan matang. Mereka perlu belajar sesuatu di dalam menafsirkan kehidupan. Disinilah pentingnya ibubapa berkawan dan bersahabat dengan anak-anak diawal remaja sebegini.

Tahap 4 (22 hingga 28 Tahun)
Pertengahan Remaja
Mereka seharusnya telah memiliki keyakinan diri untuk menghadapi kehidupan dengan kekuatan kasih-sayang, dengan ilmu dunia dan akhirat, dengan panduan dan pedoman serta model ibubapa yang cemerlang. Mereka akan mula berminat untuk mencari pasangan dan berkahwin. Memiliki anak-anak sendiri. Berjaya dalam pengajian.Atau gagal dan bangun semula. Jatun, rebah dan kembali bertatih. Memasuki dunia kerjaya. Belajar membina kehidupan sendiri. Memiliki pendapatan sendiri. Ada tanggungjawab diri, keluarga, masyarakat, ibubapa dll. Mereka yang mendapat kaedah pendidikan yang betul akan bergaya menghadapi hidup penuh bergaya!

Tahap 5 (29 hingga 35 Tahun)
Akhir Remaja
Lebih matang dan berpengalaman. Asas pendidikan yang kuat dan seimbang antara jasmani dan rohani menjadi pemangkin kepada keupayaan menghadapi cabaran. Berupaya melebarluaskan ilmu dan pengalaman atau mampu menyumbang sesuatu kelebihan kepada orang lain. Hidup bekeluarga menjadi lebih kukuh dengan perancangan ekonomi yang makin mantap dan stabil.

Tahap 6 (36 hingga 42 Tahun)
Awal Dewasa
Peringkat umur yang penting. Sekiranya akan berlaku perubahan, inilah masanya.

Tahap 7 (43 hingga 49 Tahun)
Dewasa
Tahap penting beramal dengan ikhlas. Menyumbang bakti kepada masyarakat.

Tahap 8 (50 hingga 56 Tahun)
Akhir Dewasa
Jika bekerjaya, telah masuk era pencen. Anak-anak sudah berkahwin. Memiliki cucu. Kesihatan makin menurun.

Tahap 9 (57 hingga 63 Tahun)
Awal Tua

Tahap 10 (64 hingga 70 Tahun)
Pertengahan Tua (Subsidi 1)

Tahap 11 (71 hingga 77 Tahun)
Tua 1(Subsidi 2)

Tahap 12 (78 hingga 84 Tahun)
Tua 2(Subsidi 3)

Tahap 13 (85 hingga 91 Tahun)
Akhir Tua 1 (Subsidi 4)

Tahap 14 (92 hingga 98 Tahun)
Akhir Tua 2 (Subsidi 5)

Tahap 15 (99 keatas)
Tua bangka.

BELAJAR QURAN KAEDAH MODEN?

Hari ini ketika aku selesai bertalaqqi bacaan al-Quran dengan Ustaz Shukri, kami berbual pendek."Budak-budak yang belajar sistem muqaddam cara moden ni,memang bermasalah dengan cara bacaan yang betul, jenuh nak perbetul bacaan mereka semula. Tak ada seorang pun yang boleh baca dengan betul", kata Ustaz Shukri.

Beliau kelihatan tidak menaruh sedikit pun keyakinan kepada kaedah baru seperti Qiraati, Iqra' dan seumpamanya. Katanya hampir semua kanak-kanak yang pernah belajar asas al-Quran dengan kaedah moden, bila datang kepadanya untuk belajar atau menyambung pengajian ternyata bermasalah. Huruf-huruf tidak dapat dikenali. Hukum-hukum tajwid lintang-pukang...apa pun sistem pengajian cara lama dengan cara mengeja huruf amat berkesan dan mudah dalam proses menyerapkan kaedah-kaedah tajwid, kefasihan dan lain-lain.

Hari ini juga aku dapat rasakan satu kebanggaan yang tak tergambarkan dengan kata-kata.Syukur yang setingginya kupanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana mempertemukan aku dengan guru al-Quran ini. Ustaz Shukri sebenarnya memiliki bacaan 'sanad' dari gurunya di Damsyik,Syria bertalian sehingga Rasulullah S.A.W. Dua tahun beliau menumpukan pengajian sehingga memperolehi bacaan sanad dari gurunya; yang katanya bertalian sebanyak 27 sanad. Katanya juga di dalam Malaysia ini pun sekarang hanya ada seorang dua sahaja yang mendapat bacaan sanad sebegitu. Wallahu axlam.

Tidak mudah mendapat bacaan sanad. Dia bercerita, dia juga terpaksa membaca Fatihah berpuluh kali di depan gurunya. Sedangkan ketika itu beliau sendiri sudah bertitle Ustaz yang sudah mempunyai murid-murid yang ramai. Jadi tidak hairan dia banyak memperbetulkan sifat-sifat huruf yang setepatnya ketika aku bertalaqqi dihadapannya. Aku suka keadaan begitu. Biar banyak teguran. Sebab belajar melalui kesalahan itulah yang paling efektif. Setakat ini sudah dua kali aku menghadirkan diri untuk belajar. Beliau belum lagi menegurku dalam perkara kesalahan kalimah dan hukum-hukum biasa tajwid. Tetapi aku tidak terlepas dari pengamatannya dalam sifat-sifat huruf. Istixla',istifal, mahmus, tafkhim, tarqiq dan seumpamanya.

Alhamdulillah!! Pertemuan inilah yang menjadi idamanku sejak dari dulu. Terima kasih pada Hj Ghani yang menjadi wasilah kepada pertemuan itu.Tidak lupa kepada sahabatku Md Safar yang turut gigih; bersama-sama saling menyuntik motivasi untuk terus meniti hari-hari untuk bermusyafahah dengan guru al-Quran yang bertauliah hebat itu.

Semoga Allah S.W.T. merahmati kami semua yang telah, sedang, akan dan tetap akan istiqamah meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah bacaan sanad dari Ustaz Shukri. InsyaAllah!! Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang sabar dalam menuntut ilmu al-Quran ini! Amin

11 Februari 2009

LOMPAT MELOMPAT

Inilah drama politik terkini yang menguasai arus perdana politik Malaysia. Lompat-melompat.
Parti yang terlepas oleh lompatan wakil rakyatnya keluar ke parti lain akan bising dengan soal maruah, kesetiaan dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Mahu digubal undang-undang anti lompat dan pelbagai cadangan lain.
Sebaliknya, parti yang menerima wakil rakyat melompat itu menganggapnya sebagai hak dan kebebasan dalam amalan demokrasi.
Begitulah lumrah insan yang berparti; terpaksa akur dengan agenda kepartian masing-masing. Perjuangan dan pengorbanan adalah sinonim dengan citarasa dan idealisme yang dibawa. Cabaran-cabaran yang ada memang sukar dianalisa untuk mengenalpasti paksi sebenar isu –isu utama negara samada ianya ‘masalah sebenar’ atau hanya ‘masalah lipstik’ sahaja.
Kebenaran dan hak menjadi barang perjudian yang menuntut terlalu banyak tuntutan dicelah-celah arus politik yang berbara.

08 Februari 2009

PALESTIN - CAMBAHKAN LAGI PARA MUJAHIDIN

Matlamat pembebasan Masjid al-Aqsa (al-Quds) adalah jelas. Ianya menjadi tanggungjawab semua individu yang bernama Muslim. Terbaru, 22 hari (27/12/08 hingga 17/1/09),Israel kembali mengganas di bumi Gaza.Berlaku penyembelihan manusia yang amat tragis. Kemusnahan berlaku dimana-mana: rumah-rumah, sekolah, hospital, tempat-tempat awam dan segala-galanya. 1,300 rakyat Gaza menjadi korban; syahid!! Yang tinggal adalah tangis ngeri, pedih dan pilu. Yang tinggal adalah janda-janda. Anak-anak yang tidak tahu apa-apa. Orang-orang tua yang merenung jauh melihat hampa kehancuran dihadapannya... demikianlah regim ganas Israel yang selamanya menjadi bangsa terkutuk itu!!

Pergeseran ini mustahil akan berakhir. Zionis Yahudi tidak pernah mengenal erti putus-asa untuk menakluki bumi Palestin seluruhnya...bahkan beberapa bumi Asia Barat lain yang mereka rancangkan di dalam plan penaklukan yang menjadi idaman dan sasaran mereka.

Mari kita, terutama yang jauh dengan Palestin - jangan melihat dan bersimpati begitu sahaja. Segera sumbangkan bantuan kewangan. Panjatkan doa penuh pengharapan semoga pejuang-pejuang Palestin yang kini diwakili oleh Hamas akan terus bertahan dan bergerak terus kebumi al-Quds demi cita-cita suci!! Bebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman Yahudi durjana itu!!!

Biar janda-janda kembali mempunyai suami yang nantinya akan melahirkan ramai lagi para Mujahidin yang lebih berani dan ikhlas bertebaran dibumi anbiya' itu. Biarkan bayi-bayi dan kanak-kanak yang melihat kemusnahan hari ini terus membesar menjadi pejuang yang gagah dan hebat demi menegakkan kalimah Allah dan Syariat Islam di bumi al-Quds itu. Palestin adalah hak mereka, kembalikan hak kepada yang berhak!! Allahuakbar!!

07 Februari 2009

APA ITU ARAB?

Perkataan ‘Arab’ berasal daripada gabungan huruf (ain-ra-ba) yang terselit berbagai rahsia dalam kajian ilmu linguistik bahasa.
Ya, ramai di kalangan kita telah lama mempelajari bahasa Arab. Berapa ramai di kalangan kita yang tahu kenapa bahasa Arab dinamakan Arab? Apakah sebab musabab mereka dipanggil Arab? Siapa Arab yang sebenarnya? Bagaimana kita mahu mengenali orang Arab? Bagaimana sejarah orang Arab dahulu? Bolehkah kita mentafsirkan Arab itu hanya sekadar membuat tafsiran berdasarkan huruf (A-R-A-B) ?
Mengikut kajian linguistik bahasa Arab, perkataan Arab adalah daripada gabungan (ain-ra-ba). Perkongsian ketiga-tiga huruf iaitu ain, ra dan ba adalah pasukan yang mantap kerana keenam-enam gabungan mempunyai makna. Enam gabungan tersebut ialah (ain-ra-ba), (ain-ba-ra), (ba-ra-ain), (ba-ain-ra), (ra-ain-ba) dan (ra-ba-ain)
Arab (ain-ra-ba) adalah bangsa yang dulunya hidup dalam ketakutan (ra-ain-ba). Sehubungan itu mereka sering berpindah (ain-ba-ra) daripada satu lembah ke lembah yang lain. Mereka berpindah dengan menggunakan unta (ba-ain-ra). Selain itu mereka mempunyai sifat yang murni iaitu mereka suka bersedekah dan berderma (ba-ra-ain).
Persoalannya, apa kaitan Arab dengan angka empat yang terdiri daripada gabungan huruf (ra-ba-ain) ? Banyak teori perkaitan antara Arab dan angka empat telah diutarakan. Antaranya ialah peristiwa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya semula setelah Mekah dilanda banjir.
Setelah hampir mencetuskan perbalahan besar, Nabi berjaya menyelamatkan suasana dengan kebijaksanaan yang tinggi. Baginda menyuruh pembesar Arab agar meletakkannya dalam sehelai kain besar yang berbentuk empat segi atau empat bucu. Mengikut ahli sejarah, ketika itu terdapat 12 pembesar utama dari 12 kaum yang besar ketika itu.
Nabi menyuruh empat pembesar utama memegang empat bucu utama. Manakala lapan pembesar (4x2) memegang di tengah-tengah. Setelah hampir ke bangunan kaabah, Nabi sendiri mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat yang asal.
Dalam hal ini, angka empat dan Arab adalah sesuatu yang berkaitan.

صلاوة الفاتح

َاللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاِتمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِيْ إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Selawat al-Fatih. Amalkan untuk mendapatkan kefahaman ilmu dan memohon sebarang hajat.

SUDAH BERAPA KALI ANDA KHATAM AL-QURAN SEPANJANG HIDUP ANDA?

(Rujukan: al-Quran rasm al-Uthmani)
---------------------------------------------------------------------
1 al-Quran = 30 juzuk
1 Juzuk = 2 Hizb
1 Hizb = 4 Maqra'
1 Juzuk = 10 helai = 20 mukasurat
(1 m/s = 15 baris)

==> 30 Juzuk = 60 Hizb = 240 Maqra'
---------------------------------------------------------------------
Program bacaan al=Quran (secara istiqamah):

1 hari = 1 maqra' ==> 8 bulan khatam (8 x 30 hari)
1 hari = 2 maqra' ==> 4 bulan khatam (2 x 4 x 30)
1 hari = 1 hizb = 4 maqra' ==> 2 bulan khatam ( 4 x 2 x 30)
1 hari = 1 juzuk = 2 hizb = 8 maqra' ==> 1 bulan khatam (8 x 1 x 30)

---------------------------------------------------------------------
Masa bacaan: (mengikut kebiasaan/tartil/keselesaan)

Jika:
1 baris = 6 saat ==> 1 muka = 90 saat (1.50 minit) ==> 1 juzuk = 30 minit
1 baris = 7 saat ==> 1 muka = 105 saat (1.75 minit) ==> 1 Juzuk = 35 minit
1 baris = 8 saat ==> 1 muka = 120 saat (2.00 minit) ==> 1 Juzuk = 40 minit
1 baris = 9 saat ==> 1 muka = 135 saat (2.25 minit) ==> 1 Juzuk = 45 minit
1 baris =10 saat ==> 1 muka = 150 saat (2.50 minit) ==> 1 Juzuk = 50 minit
1 baris =11 saat ==> 1 muka = 165 saat (2.75 minit) ==> 1 Juzuk = 55 minit
1 baris =12 saat ==> 1 muka = 180 saat (3.00 minit) ==> 1 Juzuk = 60 minit

--------------------------------------------------------------------------

Dengan bacaan satu hari:

1 Juzuk = Khatam (1 bulan:1 kali = setahun:12 kali = 2 tahun:24 kali)
1 Hizb = Khatam (2 bulan:1 kali = setahun:6 kali = 2 tahun:12 kali)
2 Maqra' = Khatam (4 bulan:1 kali = setahun:3 kali = 2 tahun:6 kali)
1 Maqra' = Khatam (8 bulan:1 kali = 2 tahun:3 kali)
-----------------------------------------
1 muka sehari = Khatam ( 5 tahun:3 kali)
0.5 muka sehari = Khatam (10 tahun:3 kali)
----------------------------------------------------------------------
mengambilkira kadar bacaan sederhana 2 minit ke 2.5 minit semuka:

1 Maqra' lebih kurang 2 1/2 muka = 5 minit
2 Maqra' lebih kurang 5 muka = 10 minit

Dengan perbandingan ini: maknanya dengan perbezaan masa 5 minit sehari seseorang yang istiqomah dengan bacaannya 2 maqra' (10 minit) sehari akan dapat mengkhatamkan bacaan al-quran dalam masa 4 bulan sahaja. Sedangkan yang memilih membaca 1 maqra'
(5 minit)akan mengkhatamkan bacaan al-qurannya hanya dalam tempoh 8 bulan.

Dengan perbezaan masa lebih kurang 5 minit sehari itu, bermakna, pembaca 1 maqra; sehari akan khatam al-quran sebanyak 3 kali sepanjang 2 tahun. Manakala pembaca yang melilih membaca 2 maqra' sehari pula akan dapat mengkhatam al-qurannya sebanyak 3 kali setahun!!!

10 minit sehari itu beratkah?! Kalau tidak mampu sekaligus 10 minit, jadikan dua bahagian yakni 5 minit siang (1 maqra')dan bakinya sebelah malam (1 maqra' lagi). Atau apakata setiap lepas solat fardhu baca satu muka!! samalah juga! Cuma ambil masa 2 minit saja!

Kaedah Penting: Jika tidak boleh lakukan semua jangan pulak ditinggalkan semuanya!!

Akhirnya: Bacalah al-Quran meskipun tanpa perancangan atau disiplin bila-bila saja, dimana-mana juga!!!

06 Februari 2009

MENGAPA MEREKA MENGKRITIK AL-GHAZALI?

Dua atau tiga minggu kebelakangan ini, aku begitu terganggu. Seperti suatu kebetulan pula, kutemui beberapa karya melibatkan hasil penulisan Imam al-Ghazali terutama dalam memperkatakan kitab agungnya Ihya' Ulumiddin lewat beberapa tulisan bersifat kritikan yang meminta untuk lebih berhati-hati dalam mengambil maklumat atau ilmu hasil tulisan hebat itu.Sungguh ianya satu kejutan dalam mindaku!

Pertama kali kutemui idea kontra dalam isu ini melalui tulisan Astora Jabat ketika dia diberi kolum khas memberikan pandangannya di dada akhbar Mingguan Malaysia. Tapi ketika itu aku masih kuat dengan persepsiku yang jelas menyokong penuh ketokohan al-Ghazali tanpa ragu. Sebenarnya hingga kini pun, sebagai orang awam aku merasa tidak layak untuk membuat apa-apa komentar terhadap tokoh-tokoh besar Islam seperti al-Ghazali. Aku tetap menghormati dan kagum dengan kehebatannya. Lagipun Ustaz Fahmi Zam-Zam ada berpesan jangan sampai kita berani mempertikai tokoh-tokoh Islam yang banyak berjasa kepada perkembangan Islam itu. Kalau kita hendak menyalin balik karya mereka pun, nescaya tidak termampu kita melakukannya sehingga ke akhir hayat kita sekali pun!

Tetapi bila kutemui beberapa tulisan kritikan yang mempertikaikan karya al-Ghazali, aku menjadi bingung! Benarkah mereka yang mengambil sikap mengkritik al-Ghazali itu ikhlas atau sebaliknya mereka mempunyai agenda berbau kepentingan yang tidak terduga atau diketahui oleh pembaca? Aku memerlukan masa untuk terus memperhalusinya dan membuka ruang untuk bertanya bagi mendapat kembali jawaban yang bisa menteteramkan jiwaku!

Memanglah dari dulu lagi, aku adalah antara peminat & pencinta al-Imam al-Ghazali. Dengan jolokan 'Hujjatul Islam', Imam Ghazali telah menghasilkan karya-kerya hebat dengan memberi kritikan terhadap persoalan zamannya yang ketika itu telah berlaku kecelaruan dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu-ilmu asas Islam - Tauhid, Fiqah dan Tasauf.

Bermula dari usia belasan tahunku (tahun 80-an)ketika aku mula mempelajari sehingga khatam kitab Hidayatus Salikin (HS) karangan Syeikh Abdul Samad al-Palembani di surau kampungku. Sebuah teks popular yang sememangnya menjadi rujukan utama dikebanyakan pondok, pesantren, masjid-masjid dan surau-surau hampir di seluruh daerah umat Islam di Asia Tenggara - Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Singapura dll. Sehinggakan aku sendiri memiliki dua naskah teks kitab HS itu dalam versi kitab kuning dan cetakan berjilid tebal dengan tulisan jawi yang agak besar. Kemudiannya, aku menyedari telah berlaku lagi cetakan berikutnya dengan lebih jilid yang lebih menarik berukuran buku teks sekolah yang kerap kujumpai dikedai-kedai kitab.

Ustaz Fahmi Zam-Zam telah melakukan satu anjakan baru dengan menghasilkan kitab HS dalam bentuk yang lebih istimewa dengan membuat tahqiq kepada hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab tersebut serta persembahan pengeditan berbentuk karangan baru yang lebih mudah difahami.Kitab HS versi Ustaz Ahmad Fahmi ini menjadi lebih popular ketika berlangsungnya Seminar pemikiran Syeikh Abdul Samad al-Palembani di Masjid al-Bukhari, Jalan Langgar pada penghujung tahun 2002 bersama kitab Sairus Salikin dalam beberapa jilid tebal.Aku turut berada dalam seminar tersebut yang berlangsung selama dua hari.

Kitab HS juga dibaca dipondok Gajah Teriak, Bukit Wang oleh Ustaz Khairul Anwar Sfafie sejak penubuhan pondok tersebut. Sehingga akhir tahun lalu (2008), kitab tersebut baru selesai dikhatamkan.

Demikianlah satu lintasan sejarah ringkas aku dan Kitab Hidayatus Salikin yang merupakan kitab pertama yang kutelaah dan kemudiaannya terus berdampingan dengannya sehingga kini. Apa yang cuba hendak kujelaskan disini ialah bahawa kitab HS itu sebenarnya adalah saduran dari Kitab Bidayatul Hidayah karangan al-Imam al-Ghazali.

Kitab Bidayatul Hidayah juga telah diterjemahkan oleh ustaz Fahmi Zam-Zam dalam nashkah yang memenuhi tuntutan zaman dari segi pendekatan penyampaiaannya. Sekarang, disurauku juga setiap dua minggu, kitab inilah yang dibacakan oleh seorang Ustaz muda dari Maahad Tarbiyyah Islamiyyah, Derang.

Kitab Minhajul Abidin karangan al-Ghazali dalam nashkah kitab kuningnya juga pernah kupelajari dari Tuan Haji Abdul Hamid Abdul Rahman, dimasjid al-Irfan, Derga dalam usia mudaku dulu.

Buku-buku karangan al-Ghazali yang lain dalam koleksiku memang tersimpan dengan baik. Ihya Ulumiddin yang dicetak secara kitab-kitab berasingan ada sebahagiannya kubeli dulu. Kitab Bimbingan Mukminin yang dijilidkan agak tebal yang kumiliki pernah menjadi rujukanku sehingga tidakku tahu kemana menghilangnya; kebetulan kitab tersebut baru-baru ini kuperolehi kembali dari simpanan kitab-kitab allahyarham bapa mertuaku. Terakhir tahun lalu, aku sempat meminjam sebuah buku kajian ilmiah memperhalusi kitab terakhir karangan al-Ghazali dalam bidang logik yang rata-rata mengangkat al-Ghazali kepersada tokoh yang semestinya dikagumi.

Nostalgia ku bersama kitab-kitan al-Ghazali amat terkesan bila mahu diperkatakan. Pendekata, karangan-karangan al-Ghazali telah banyak membentuk sikap dan peribadi muslimku.

Penemuanku dengan satu nashkah 'digital book' melalui i-scribd yang memberi komentar dan kritikan kepada al-Ghazali amat menggangguku. Disebutkan disana bukan seorang dua ulama yang mengambil sikap sedemikian termasuk ulama yang kenali dan masih kuingati, Ibnu Kathir.

Dr Aid Abdullah al-Qarni pengarang hebat sejuta pembaca melalui karangan "La Tahzan" juga mengambil sikap yang sama mengkritik dan menasihatkan supaya berhati-hati dalam merujuk karangan al-Ghazali dalam karangannya "Hakaza Haddasana al Zaman" yang diterjemahkan dengan tajuk "Beginilah zaman memotivasikan Kita" terbitan Yasmin Enterprise. Alasannya, pertama kedapatan hujah-hujah al-Ghazali menggunakan hadis-hadis yang tidak dapat diberikan autoriti. Keduanya, al-Ghazai terpengaruh dengan aliran-aliran sufi tertentu dalam menulis perkara-perkara yang melibatkan saranan-saranan dalam beribadat yang kurang menepati kehendak sunnah Rasulullah s.a.w. Ataupun rujukan tokoh-tokoh yang dibawa untuk dihujjahkan tidak mencapat tahap ulama yang berautoriti dalam perjalanan sejarah Islam itu sendiri. Wallahuaxlam.

Siapakah Dr Aid Abdulah al-Qarni? Aku belum pernah membaca biografinya. Dalam karangannya dia turut melabelkan kitab "Qut al-Qulub" karangan Syeikh Abu Talib al-Makki setaraf dengan karangan al-Ghazali juga. Sedangkan Ustaz Khairul Anwar Shafie kerap sekali mengambil rujukan dari kitab ini. Begitu juga, Dr al-Qarni memuji-muji karangan Ibnu Taimiyyah yang tidak mendapat tempat di pondok Ustaz Khairul Anuar. Aku bertambah bingung??!

Aku perlukan jawapan yang cukup dengan hujah-hujahnya untuk menteteramkan hati dan mindaku. Siapakah yang harus kutemui untuk urusan ini!? Allah s.w.t. bakal menentukannya....

YAHUDI LAKNATULLAH

Cikgu Azmi Abdul Hamid, Presiden TERAS yang baru saja balik dari Gaza dalam ceramahnya malam ini melontarkan satu soalan: "Jika semua pejuang Hamas di Palestin gugur tewas di bumi Palestin, apa yang harus kita disini lakukan?!".

Dia lalu memetik ucapan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berucap dengan menjulang-menjulang tongkatnya: " berikan aku sepucuk senjata sehingga aku dapat turun berjuang bersama Hamas bagi menghadapi Yahudi Zionis laknatullah itu!!" Demikian semangat seorang ulama yang telah berusia...

PETUA GATAL KULIT

Pagi tadi seorang penjual ubat jalanan yang menjual bam berceloteh tentang penawar penyakit kulit. Sebarang gatal atau lain-lain masalah yang menyerang kulit boleh diatasi dengan petua tradisional.Katanya:" cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam, Insya Allah!"

05 Februari 2009

NILAI DALAM POLITIK

Mewarnai pentas politik dengan taqwa bererti memberi nafas kepada nilai & peranan khalifah yang bakal menjurus kepada pembinaan keluhuran tamadun manusiawi. Politik ala-Machievelli yang bersalut kepentingan adalah lembah kebusukan yang memangggang manusia di dalam bahang sengsara tanpa pintu penyelesaian.

04 Februari 2009

JALAN MENEMPA KEMULIAAN

Apa lagi kalau bukan berusaha menjulang kemuliaannya itu semaksima mungkin. Justru, ia adalah koleksi agung kata-kata Tuhan yang sudah disaksikan secara pasti oleh para ahli yang memiliki autoriti dan integriti; bebas dari debu penyelewengan.

Firman yang Maha Mulia itu:
Turunnya dari Tuhan yang Maha Mulia;
kepada RasulNya yang paling mulia;
melalui malaikatNya yang paling mulia;
di tempat yang paling mulia;
di bulan yang paling mulia;
di malam yang paling mulia;

..dan pasti menjadi mulialah sesiapa yang memuliakannya!

02 Februari 2009

HANYA SISA-SISA ITU SAJAKAH HADIAH BUAT TUHANMU?

Jangan sama sekali hulurkan ‘sisa-sisa’ sesuatu apapun kepada Tuhanmu. Sisa-sisa waktumu yang akhir untuk bersolat. Sisa-sisa perolehanmu untuk infak fi sabilillah. Sisa-sisa usiamu untuk mula beribadat. Sisa-sisa fikiranmu untuk menerung dan mermuhasabah. Sisa-sisa hidupmu untuk mengenalNya.