Bahasa adalah wahana perpaduan. Perjuangan memartabatkan bahasa telah diangkat serta diiktiraf sebagai usaha-usaha murni ke arah integrasi nasional.
Bagaimana jika sekolah-sekolah agama (SMA) diajarkan juga bahasa Cina dan India?
Pengikut
30 April 2012
29 April 2012
Polis dan demo rakyat
Bersih 3.0.... sekiranya polis bertindak sebagai pelindung maka insiden & tragedi akan segera berlalu sebaliknya jika polis beraksi demi agenda terselindung maka pelbagai kekalutan akan terus berlaku!!
07 Mac 2012
Keistimewaan Surah al-Rahman
Jumlah ayat yang berulang = 31 kali
Hasil campur semua nombor = 1433
Apakah rahsia ayat di atas yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam surah yang diberi nama jolokan “Pengantin al-Quran” ini?
Apabila dijumlahkan ayat-ayat yang terlibat, jumlahnya bersamaan dengan 1433. Jumlah itu adalah bertepatan dengan tahun hijrah pada tahun ini. Apa signifikan dan menasabahnya?!
Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahuinya.
04 Mac 2012
Nilai sebuah kehidupan
Kehidupan ialah perubahan dan
pergerakan. Selagi tubuh masih bersalut nyawa, proses bergerak dan
berubah adalah sesuatu yang pasti. Justeru, ianya suatu fitrah. Cuma perubahan
yang berlaku mengarah kemana – positif atau negatif; membina atau membinasa.
Disitulah letaknya akal dan usaha yang menjadi paksi kepada asas penilaian.
26 Januari 2012
Tersedar..2012 rupanya!
Tahun baru 2012 berlalu pantas begitu saja tanpa sapaan. Masa yang berlalu bagai tak terkejar. Februari akan muncul tidak berapa hari lagi saja.
Kesempatan melawat blogku malam ini seperti mengheret sesalan pula. Lama rupanya aku gagal membuat update sehingga belum ada satu pun yang terkini menjelang 2012. Satu kelecehan yang tidak seharusnya berlaku!
Sibuk apalah aku ini sehingga tidak sempat mencatat sesuatu buat perkongsian bersama. Akukah yang gagal mengurus kesibukan atau kesibukan itu yang mengekang diriku sehingga gagal melepaskan diri untuk bersantaian dengan kata-kata yang menjadi hobiku....
Tahun Baru Cina tahun ini (Isnin dan Selasa lepas) merayakan tahun Naga Air yang membawa tafsiran pelbagai. Yang pasti ada laluan kepayahan yang bakal diharungi sebelum menikmati limpahan kesejahteraan - kata seorang pakar fengsui yang di temuduga melalui siaran tv yang sempat aku jeling seketika beberapa hari lalu.
Begitu juga dengan cerita yang merata tentang kiamat 2012 yang telah digahkan sejak awal tahun lalu lagi. Cerita yang semakin kurang diberi fokas kerana situasi dunia masih tidak memperlihatkan kesempatan dalam liku-liku mencari habuan kehidupan. Keperdulian terhadap masa depan atau 'kehidupan nanti' selepas 'kehidupan ini' semakin hambar dan longlai.
Manusia semakin ghairah menggagahi kehidupan dari aspek keduniaan yang kian mencabar dan mendesak. Harga barang menjadi tidak terkawal bahkan bertambah mahal dan meningkat secara tidak menentu. Rumah yang menjadi salah satu keperluan asas menjadi semakin gayat untuk dimiliki kerana kosnya yang rata-rata antara suku hingga setengah juta RM!
Medan politik yang semakin panas berbahang menjelang PRU ke-13. Masalah sosial remaja yang tidak pernah memperlihatkan angka reda. Pemerdagangan manusia menjadi bisnes yang cukup menguntungkan biarpun berhadapan dengan bahaya. Warga asing yang berleluasa di Malaysia dengan jumlah yang sangat membimbangkan dengan ledakan masalah sosial yang tercectus daripadanya. 2012 - biar kita menitinya dengan doa - semoga Allah melindungi kita dari musibah yang tak tertahan oleh kita semua.
05 Disember 2011
Kuda & Manusia
Kuda adalah ikon kehebatan. Tegap, pantas dan berani.
Manusia tangkas yang bersinergi dengan kehebatan kudanya adalah simbol penguasaan dominan yang sukar ditandingi.
Berjalan di lereng sehingga ke puncak pergunungan; menuruni lurah genting yang rata dan sukar; sesekali tercungap namun tetap kental berlari; merempuh musuh di waktu subuh penuh bengis (lihat surah al-A'diyaat Surah ke-100) dengan rentak irama ladamnya yang gagah menerjah.
Kuda adalah lambang 'kepatuhan kepada arahan' penuh tabah tanpa kecuali. Kuasanya di aplikasikan dalam sistem hitungan sepanjang zaman.
29 November 2011
Pandangan mata yang terpedaya
Cuba kira berapa titik bulat berwarna hitam di dalam kotak di atas. Apa kesimpulan yang boleh anda rekodkan? Tafsirannya pelbagai.
Satu solusi penting ialah bahawa 'fokus dan tumpuan' mencipta pandangan yang lebih tepat dan jarang menipu.
Begitulah Islam mendidik umatnya supaya memberikan fokus dan tumpuan dalam semua ibadah dan aktiviti supaya dapat mengelak dari penipuan dan perdayaan segala ciri-ciri yang bersifat sementara dan fana.
Pandangan mata kasar boleh tersasar; pandangan mata hati yang menepati realiti.
Langgan:
Catatan (Atom)

